Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, July 12, 2013

10 Fakta Mengenai SPAD



Reputasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah badan yang ditugaskan untuk memantau perjalanan sistem pengangkutan di negara ini memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa.

Kecemerlangannya bahkan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Manifestasinya, suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar ini telah diangkat sebagai penerima Anugerah Komitmen Politik Asia Pasifik dari Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) baru-baru ini di Geneva.


Dan pelantikan semula Tan Sri Syed Hamid dan Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPAD pastinya memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kesinambungan komitmen suruhanjaya ini melaksanakan lebih banyak inisiatif-inisiatif yang menguntungkan semua pihak. 

Posting kali ini menyenaraikan 10 perkara yang perlu kita tahu mengenai suruhanjaya ini.

Senarai 10 Perkara Umum Mengenai SPAD:

1. SPAD adalah sebuah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  

2. Ia telah ditubuhkan secara rasminya pada 3 Jun 2010 dengan Tan Sri Syed Hamid Albar telah dilantik selaku Pengerusi.

3. Ramai yang tersilap dengan menyangka SPAD adalah sebuah suruhanjaya di bawah Kementerian Pengangkutan. Suruhanjaya ini sebenarnya adalah sebuah agensi yang dipantau oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), bukannya Kementerian Pengangkutan.

4. SPAD diletakkan di bawah pemantauan JPM bagi memastikan ia dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif di bawah pengawasan Perdana Menteri sendiri.

5. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

6. Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan  Jalan (JPJ).

7. SPAD memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana usaha ini salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan.

8. SPAD merancang, menyelia dan menguatkuasa semua hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia.

9. Visi suruhanjaya ini ialah untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat.

10. SPAD juga berusaha memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup.

Adios!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...