Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, April 26, 2017

‘Raja Bomoh’ Dah Taubat, ‘Raja Fitnah’ Bila Lagi?



ALHAMDULILLAH semalam diberitakan 'Raja Bomoh’ yang menjadi fenomena kebelakangan ini akhirnya tampil membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.

Raja Bomoh berkenaan atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin turut mengaku mengatakan semua tindakannya itu adalah pembohongan dan dibuat atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan.

Baguslah sekiranya beliau telah benar-benar bertaubat. Sesungguhnya perkara yang baik itu kita haruslah sokong. Tindakannya itu juga bolehlah juga disifatkan sebagai satu tindakan yang terpuji memandangkan bukan semua orang yang mempunyai keberanian untuk mengakui kesalahan dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan.

Dalam masa penulis membaca mengenai kisah Raja Bomoh ini, tiba-tiba terlintas di fikiran penulis, “Raja Bomoh dah bertaubat, ‘Raja Fitnah’ bila pula nak bertaubat?”.

Siapa yang tidak kenal dengan Rafizi Ramli? Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sememangnya mempunyai kredibiliti yang tidak boleh disangkal selaku ‘penglipurlara’ yang berkaliber. Macam-macam cerita rekaannya yang telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.

Dan jika ditanya kepada para pemerhati politik mengenai pembohongan, nama Rafizi pastinya akan menyusul selepas perkataan ‘berbohong’ itu. Menandakan Rafizi dan pembohongan bukannya sesuatu yang boleh dipisahkan.

Berikut adalah antara siri pembohongan/fitnah ahli Parlimen Pandan ini:

18 April 2015, Najib dan Rosmah menyaman fitnah Rafizi Ramli bersama-sama pemilik saluran Youtube Media Rakyat, Chan Chee Kong kerana membuat tohmahan kononnya, Najib sengaja menaikkan harga minyak bagi membolehkan dan membiayai pembelian cincin untuk Rosmah Mansor.

5 Jun 2015, dalam saman fitnah oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor ke atasnya, Rafizi menyatakan, segala fitnah, tohmahan dan cerita karutnya tentang cincin RM24 juta hanyalah ‘GURAUAN‘.

28 Februari 2016, Rafizi Ramli berang apabila Tabung Haji membuat laporan polis, sekaligus menjadikan kesnya menfitnah Tabung Haji dengan menggunakan dokumen yang dipalsukan, sebagai kes di bawah jenayah.

Sebelum itu, Rafizi membuat fitnah dan menggalakkan para penyimpan di Tabung Haji mengeluarkan wang simpanan masing-masing kerana katanya kesemua duit tersebut akan ‘hilang’ kerana akan dilaburkan dalam projek 1MDB. Sedangkan Rafizi sendiri mendapat keuntungan besar kerana menyimpan di Tabung Haji dan dia tidak pula mengeluarkan walau sesen pun wang simpanannya.

5 April 2016, Rafizi Ramli ditahan dan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi di pagar Parlimen. Dia tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan walaupun sebelum itu, dia bercakap besar kononnya dia tidak takut mendedahkan perbuatan rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan wang rakyat. 

20 Mei 2016, dalam usaha untuk mengalihkan perhatian selain cuba memperlekehkan Azmin Ali yang enggan berwala’ kepada Wan Azizah, Rafizi Ramli membuat pendedahan mengejutkan tentang rasuah perempuan dan wang ringgit serta penyelewengan kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor. Rafizi bagaimanapun berbelit-belit menyatakan kononnya tuduhan tersebut bukannya melibatkan ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Harapan sedia ada.

Rafizi bagaimanapun dikatakan menyerahkan kesemua bukti serta dokumen penyelewengan serta rasuah dalam Kerajaan Negeri Selangor kepada SPRM. Dan kes tersebut pun, TERPENDAM LANGSUNG TIDAK TAHU APA YANG BERLAKU.

Begitu juga dengan penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng. Walaupun pelbagai pendedahan, bukti serta dokumen-dokumen ditampilkan, tidak sepatah perkataan pun yang membabitkan anti rasuah atau anti penyelewengan wang rakyat yang muncul di bibir Rafizi Ramli.

Begitu juga dengan Skandal DEIG yang berjumlah RM30 bilion, juga tidak berani disentuh, didedahkan atau diheboh-hebohkan oleh Rafizi Ramli yang mengaku dia anti rasuah, anti penyelewengan dan anti pembaziran wang rakyat.

Dan bersempena dengan cerita tentang Raja Bomoh bertaubat semalam, penulis rasa adalah sesuatu yang lebih menggembirakan juga sekiranya si Raja Fitnah menuruti tindakan terpuji Raja Bomoh untuk sama-sama bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...