Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, July 13, 2013

'Saya anak jati K. Besut, tuduhan PAS palsu' - Calon BN




Oleh Shawaliah Hadir

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Ku Abd Rahman menolak sekeras-kerasnya dakwaan PAS berhubung kesahihannya sebagai anak tempatan Kuala Besut sekaligus menegaskan tuduhan tersebut tidak tepat.

Katanya yang memberitahu Antarapos melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS), beliau dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut.

Tambahnya lagi, beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selama lima tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.

"Saya adalah kelahiran kampung Nail, Kuala Besut. Telah berkhidmat lima tahun di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.

"Baru dua bulan sahaja pindah ke Kuala Lumpur. Jadi isu bukan anak tempatan adalah sangat tidak tepat," tegas beliau.

PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

PAS juga turut mendakwa pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Media walau bagaimanapun sebelum ini melaporkanTengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...