Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, June 27, 2014

Tangguh Tutup Landasan, Jangan Termakan Pujukan 'Lari Landasan'




Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum..

Alhamdulillah Ramadhan al-Mubarak yang sentiasa dinantikan akhirnya bakal menjelang jua beberapa hari saja lagi. Bulan penuh keberkatan yang menjadi LANDASAN buat sekalian umat Nabi Muhammad SAW untuk menghayati erti sebenar kesabaran dan pengorbanan di dalam mencari redha Allah SWT. Moga masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah menahan diri dari lapar dan dahaga atau pada skala yang lebih tepatnya, nafsu.

Kebetulan atau mungkin juga memang betul, agak lama juga ruang conteng ini dibiarkan bersawang. Mungkin ada yang terfikir 'Ketam dah mula puasa kot' :p

Apapun 'konspirasi' yang mungkin 'dikebetulankan', yang penting adalah akhirnya hari ini, beberapa hari sebelum masuknya Ramadhan, Ketam dengan riang rianya menyambut 'hari raya' setelah kurang lebih setahun 'berpuasa' dari menconteng.

Alang-alang dah tersebut pasal landasan tadi, di hari Jumaat penghulu segala hari ini Ketam menerima perkhabaran yang agak 'Wow' untuk dikongsikan. Ceritanya berkenaan penangguhan penutupan landasan Gua Musang - Gemas yang agak hot gitu.

Ceritanya seperti yang dikhabarkan, adalah mengenai ketegasan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tentang aspek-aspek keselamatan pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan rel yang mana beliau dalam nada serius menekankan dirinya 'will not compromise on safety matters'.

Selain itu diumumkan juga kebenaran terhadap syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menangguhkan penutupan landasan Gua Musang - Gemas sehingga 15 Ogos ini setelah SPAD diberikan jaminan oleh syarikat tersebut yang mana sebararang risiko adalah dibawah tanggungjawab KTMB sebagai syarat.

Mungkin sedikit klise ayat seterusnya ini, tapi Ketam agak bersetuju dengan kenyataan penangguhan ini dibuat demi kepentingan orang ramai. Argument Ketam mudah, bulan Ramadhan dan Syawal sinonim dengan kesesakan jalanraya. Justeru, pengangkutan rel adalah merupakan alternatif buat mereka yang ingin mengelakkan 'jamming di hari raya'. Selain itu, kita tahu kebiasaannya mereka-mereka yang menggunakan pengangkutan ini terdiri dari mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, pelajar dan penuntut IPT. Jika penutupan operasi yang dicadangkan diteruskan, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan perjalanan mereka-mereka yang berkenaan.

Dan secara peribadi, Ketam agak tidak bersetuju atau secara 'directnya' tak respect langsung pihak-pihak yang sengaja membangkitkan kerisauan kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan rel ini. Pelbagai aspek dibangkitkan yang Ketam sangat konfem sengaja nak 'buat pasal di musim perayaan'. Kata orang kampung Ketam, benda tak ada nak kasi ada.

Kepada pihak tersebut, come on lah..Relax sikit..Jangan risau takda story nak buat..Mesti ada punya..Janganlah asyik nak buat cerita pasal kemalangan je pasal nak letak kat front page kasi laku lu punya paper..Aiyoo..Apa macam lu educate Malaysian ni??? Ketam actually risau pon ada, takut-takut pihak 'itu' yang 'terbabas' dari landasan nanti. Ha..tak ke naya tu..Astagha mintak jauh..Im sorry ye pihak 'itu'. :p

27 tahun Ketam hidup di bumi Malaysia ni, tak pernah sekali khianat (saja nak inform :p), kiranya cerita pasal nahas membabitkan pengangkutan rel ni boleh dikategorikan 'kadang-kadang'. Yang ada pon setahu Ketam, tak melibatkan kehilangan nyawa. Setahu Ketam lah..kalau salah, dah Ketam memang kurang ajar..tolonglah kasi ajar..kekeke..

Sudah ceritanya, mereka-mereka yang dah mula macam cuak-cuak sikit tu jangan risaulah. Jaminan dah diberikan oleh KTMB. Diorang expert, tahu apa yang diorang buat. Tu orang lama, Tan Sri Syed Hamid pon dah warning KTMB, tak ada kompromi soal keselamatan. Konfem KTMB fokus punyalah dalam memastikan yang terbaik lagi bombastik untuk keselesaan penggunanya. Insyaallah berkat ketekunan serta rasa penuh tanggungjawab setiap yang terlibat, pasti hasilnya akan menggembirakan (amek mood raya Ketam) :p.

Apapun, dengan rendah diri Ketam sebagai budak kecik, budak hingusan, ingin 'mengajak' 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' untuk sama-sama kita mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kita semalam, kelmarin, hari ini, kejap lagi, esok, lusa, bila-bila je lah..Bukan nak kurang ajar, tapi sebagai seorang budak kecik, Ketam kadang-kadang, eh selalulah jugak, terlupa nak ucap terima kasih dekat mak, abang, kakak, sepupu, kawan-kawan, cikgu-cikgu, Allah Taala..Dah tu pulak kadang-kadang ingatkan diri sendiri je..terlupa nak berpesan-pesan sesama kita..kadang-kadang tu ingat, tapi sengaja buat diam takut kena label kurang ajar..huhu..

Dan menjelang Ramadhan ini, harapnya agar ibadah kita semua diterima Allah Taala. Semoga semua yang 'menggunakan kalimah Allah' :p diberikan penghayatan sebenar Ramadhan agar dapat 'dichannelkan' ke bulan Syawal dan seterusnya..Assalammualaikum :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...