Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, September 07, 2015

Awas..Melaka tumpuan serangan pembangkang PRU14




LUKMAN ABDULLAH

Para pemimpin UMNO diseru agar mengenepikan segala permasalahan dalaman kerana perbalahan dan perbezaan pendapat itu jika diheret hingga ke pilihanraya ianya akan menyebabkan calon-calon UMNO/Barisan Nasional (BN) kecundang.

Oleh itu semua pihak yang bertelagah dalam UMNO diseru agar mengenepikan ketidakbersamaan itu bagi mengelakkan ianya berterusan sehingga menyebabkan calon-calonnya kalah dalam pilihan raya nanti.

Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmaf Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka, Ahad.

Turut Hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Idris Harun, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Dayuk Rauf Yusoh, Ahli Parlimen Masjid Tanah Yang Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mas Ermeyati Samsudin, Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Ahmad Hamzah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rostam dan bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Abu Seman Yusof/

Menurut Zahid, dalam tempoh dua tahun lima bulan sebelum tarikh akhir Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sudah tidak ada masa lagi untuk terus berbalah sesama sendiri.

Beliau melahirkan kebimbangannya apabila dimaklumkan bahawa antara negeri yang menjadi tumpuan ‘serangan’ oleh pembangkang pada PRU akan datang adalah Melaka.

Oleh itu, katanya, menjadi hasratnya sebagai Naib Presiden UMNO mahu agar negeri Melaka terus di bawah kepimpinan Datuk Seri Ir Idris Harun dan mahu semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang sedia ada terus dipertahankan manakala kerusi-kerusi yang kecundang dirampas kembali.

Zahid juga mengingatkan hampir 1000 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir bahawa anasir luar sedang cuba melemahkan UMNO dari dalam melalui mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki yang sangat tebal.

Ketika berucap itu juga Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu sehingga pukul 8 pagi tadi (6 September 2015) sebanyak 267 laporan polis diterima berhubung kes memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.

Menurut Timbalan Perdana Menteri empat individu dikenal pasti melakukan perbuatan itu, namun lebih ramai peserta dijangka ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tersebut.

Baca selanjutnya di sini



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...