Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, July 12, 2013

Ku Terkecewa!! Katy Perry dan John Mayer Rancang Berkahwin



Argh..Ini pastinya satu lagi berita yang mengecewakan Ketam! Masakan tidak, selebriti antarabangsa yang cun melecun, Katy Perry dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, John Mayer.

mStar Online yang memetik Showbizspy melaporkan yang pasangan tersebut telah membeli rumah untuk tinggal bersama di mana mereka dikatakan yakin perhubungan cinta itu perlu diikat ke fasa yang lebih serius iaitu dengan berkahwin.


"Mereka telah merancang untuk ke arah itu (berkahwin) dan kali ini Katy dan John begitu serius.

"Malah mereka telah merancang konsep majlis di mana mereka mahukan ia dilaksanakan dalam suasana yang cukup sederhana," kata sumber.

Sumber tersebut bagaimanapun memberitahu kedua-dua Katy dan John masih belum memilih tarikh bagi hari perkahwinan mereka.

Katy dan John masing-masing sibuk dengan kerja nyanyian mereka dengan John ketika ini sedang sibuk dengan album terbarunya.

*Sabarlah Ketam..bunga bukan sekuntum.. :p



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...