Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, February 07, 2013

Cukupkah PKR berada 'di belakang' PAS?



Oleh Abdul Rahman Malik

[ULASAN] Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu “tutup buku” mengenai polemik istilah Allah dalam Bible berbahasa Melayu kerana menganggap isu berkenaan sudahpun selesai. Maka, katanya, ia tidak perlu diperbesarkan.

Sebaliknya, Azmin mahu semua parti dalam Pakatan Rakyat berpegang kepada dasar yang disepakati bersama jika tidak isu itu akan lebih meruncing dan menjadi pertikaian lebih besar sekiranya tersalah cakap.
"Jadi bagi kita perkara ini tak berbangkit dan kita nak tumpukan kepada dasar dan isu-isu yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Azmin Ali
Persoalannya ialah jika benar mahu kerabat Pakatan Rakyat fokus kepada isu dasar, tidakkah isu agama dan sensitiviti ummah seperti kaedah kepercayaan kepada Tuhan, Lord, God atau Allah ini perlu juga dikira sebagai soal dasar perjuangan politik Pakatan Rakyat?

Dasar perjuangan PR dan polemik isu kalimah Allah

Menentukan dasar perjuangan adalah penting. Ia akan menjadi pedoman bagaimana negara akan diperintah. Pengundi mahu tahu sama ada Pakatan sebenarnya mempunyai polisi dan halatuju yang munasabah apabila diberi kuasa memerintah dalam menangani isu emosi seperti kalimah Allah.

Tambahan pula bila bicara soal kesepakatan dasar dalam isu kalimah Allah ini masih belum jelas pada mata rakyat apa sebenarnya yang telah disepakati oleh PKR, PAS dan DAP.

Isu ini mula menjadi perhatian apabila Mahkamah Tinggi pada 2009 memutuskan bahawa penerbit akhbar mubaligh Kristian, The Herald, boleh menggunakan istilah Allah dalam penerbitannya. Maka berpanjangan dan mengalirlah perdebatan kepada soal sama ada ia boleh diizin diguna dalam bible bahasa Melayu atau tidak.
Lim Guan Eng

Maka pada 2010 PKR, PAS dan DAP berpendirian bahawa kalimah itu boleh digunakan. PAS mengikat syarat asalkan ia tidak menghina Islam. Kerajaan pusat pun memberi reaksi. Atas sebab sejarah, Bible menggunakan perkataan Allah hanya boleh diguna di Sabah dan Sarawak. Ini demi memelihara sensitiviti orang Islam di Semenanjung.

Keadaan ini bertahan hingga 24 Disember 2012. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memecah ruyong sensitiviti agama dengan menggesa Bible bahasa Melayu menggunakan istilah Allah disebar-guna di Semenanjung, diizinkan.

Saranan Guan Eng guris hati banyak pihak
Baca selebihnya di sini..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...