Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, June 18, 2013

Fatwa Terbaru Naib Presiden PAS Untuk Siapa-siapa Nak Mati Syahid



Memang bertuah lagi beruntung sesiapa yang sokong Pakatan Rakyat bermatian-matian sehingga sanggup berkorban jiwa dan raga dalam memperjuangkan puak haram jadah ni.

Apa tak bertuahnya, para penyokong puak haram jadah meroyan kalah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ni dikurniakan pemimpin-pemimpin yang mempunyai keistimewaan dalam agama.

Puak taksuban harus rasa gembira kerana pemimpin mereka boleh tentukan siapa masuk syurga, siapa masuk neraka. Selain tu, join perhimpunan haram jadah dikira sama macam menunaikan haji bak kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. Rujuk Sini

Kata Dr Haron Din, rakyat di negara ini layak untuk keluar berhimpun secara aman membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum bulan lalu. Katanya, perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah. Bukan Ketam reka-reka..Harakah yang lapor sendiri..pi klik link atas tu.

Terkini, Naib Presiden PAS yang kalah di kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU13 lalu selain gugur dari senarai Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, sekali lagi menerusi Harakah, menyatakan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 adalah mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...," Husam dipetik sebagai berkata.

Lawaknya, dalam dia kata siapa terkorban dalam himpunan tu mati syahid, tapi dia declare tak berniat nak mati dalam perhimpunan tu nanti. Aik..Kekeke..

Apapun cerita penuh mengenainya boleh didapati di sini

Renung-renungkanlah ya..

Adios!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...