Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, January 17, 2013

Burger Bakar Tak Cool! Try Burger Kembong Baru Cool!!!



Posting kali ini kita cerita pasal Melaka dan makanan. Ok..aku adalah anak jati Melaka yang sekarang ini merantau mencari makan di tempat orang. Selain mencari makan (kerja), aku juga mencari tempat yang best untuk makan. Siapa yang kenal aku mesti tau betapa cerewetnya aku tiap kali nak pilih kedai makan. ‘Ada orang jahat’, ‘ramailah’, ‘macam suram je kedai ni’adalah antara ayat yang kerap aku guna bila aku reject sesuatu kedai tu.

Ok..Now cerita Melaka pulak. Macam yang kita semua tau, negeri bersejarah ini adalah salah satu negeri yang kerap dilawati tidak kira oleh orang Malaysia sendiri ataupun pelancong asing. Populariti (cewah) negeri kecil ini tidak dapat disangkal.

Dan sebagai orang Melaka, setiap kali bila ada kawan-kawan yang nak ke Melaka, maka akulah yang akan menjadi reference diorang. Selain tanya apa yang best nak dilawat bila di Melaka nanti, satu lagi soalan yang famous adalah ‘kalau nak makan kat mana terbaik bro?’..(soalan yang standard jugak aku tanya bila pi tempat orang..hehe)

Sejujurnya aku cakap aku tak tau nak rekemen mana tempat makan yang best kat Melaka tu. Pasal biasanya kita kalau balik kampung mesti makan kat rumah punya kan..kalau makan kat kedai pon warung-warung area rumah kita. Kalau nak rekemen nanti takut tak suka pulak kawan kita tu.

So, tiap kali aku diajukan soalan gitu, aku akan mukadimahkan dengan ‘Melaka ni makanan yang paling famous adalah asam pedas. Kat Kota Laksamana siap ada port lagi untuk ‘asam pedas hunter’. Tapi orang Melaka biasanya makan tu kat rumah je..suruh mak masak je beb. Selain itu ada jugak medan ikan bakar..yang biasa orang sebut, Umbai..Tapi ada banyak lagi medan ikan bakar sebenarnya.

Ha..Itu kalau dulu orang tanya aku. Tapi kalau sekarang orang tanya, aku tambah sikit menu dengan makanan ala barat sikit. ‘BURGER KEMBONG’!!!Burger bakar berinti pertama di Malaysia! Jangan ingat burger bakar YANG CILOK IDEA ORANG kat Shah Alam tu gempak sangat beb..Cuba KEASLIAN burger kembong ni dulu beb..

Sesiapa yang datang Melaka tu wajib cuba burger kembong ni beb..haish..baru cerita gua da terliur..Nampak! Nampak tak penangan dia macam mana! Baru cerita beb. Eh cakap banyak tak gunalah. Sesiapa yang pi Melaka tu bawak-bawaklah singgah kat Abbas Family Seafood kat simpang empat trafik light Cheng Height. Da sampai nanti bila waiter kasi menu korang cakap ‘takpa tak payah susah-susah..bagi saya burger kembong je’.. Agak kalau ada orang Melaka yang baca artikel ni yang tak try lagi burger kembong, tak yah mengaku orang Melaka lah wei..pi try dulu baru mengaku..Hehe..

Nak tahu lagi pasal burger ni pi usha fb Burger Kembong




2 comments:

  1. prnh try ... mmg kembong. hehehhh

    ReplyDelete
  2. Steady!!Da bole ngaku orang Melaka.. :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...