Antara elemen yang memainkan peranan penting dalam proses pembangunan sesebuah negara ialah jaringan pengangkutan awam yang berkesan dan cekap. Dengan wujudnya satu sistem pengangkutan yang berkesan dan cekap, ia akan menjadikan kehidupan rakyat di sesebuah negara itu lebih sihat dan lestari dari segi sosial, ekonomi, persekitaran dan kewangan.
Transformasi di dalam penyediaan infrastruktur pengangkutan yang baik telah membawa Malaysia mencapai satu tahap kualiti yang tinggi. Namun begitu, usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem pengangkutan secara umumnya perlu diteruskan bagi memastikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa berlaku bersama.

Bagi mencapai objektif tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan penekanan iaitu:
a. Pelaksanaan proses perancangan pengangkutan yang kurang bergantung kepada kereta.
b. Peningkatan infrastruktur bagi mengambil kira kebaikan sistem pintar dalam pemantauan dan kawalan trafik terutama dalam kawasan bandar.
c. Teknik pengurusan sistem pengangkutan perlu mampu menyelesaikan kesesakan jalan raya yang berpunca daripada kemalangan jalan raya dan sebagainya dalam masa yang sesingkat mungkin.
d. Pengintegrasian pelan pembangunan bandar dan pengangkutan.
e. Pendidikan berterusan bagi melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggung jawab.
Sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan menyediakan peluang serta kebaikan ekonomi dan sosial yang mampu menghasilkan kesan berganda kepada negara.
Sekiranya segala perancangan dapat dilaksana, dipantau serta senggara dengan baik, pastinya tidak mustahil sistem pengangkutan yang lebih cekap boleh direalisasikan di negara kita yang tercinta ini.
Adios!!
No comments:
Post a Comment