Pada 1 Jun seorang individu yang menamakan dirinya Melissa Gooi memaparkan kenyataan mempersenda titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan Seri Paduka Baginda. Gooi dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata penghinaan di laman sosial berkenaan ketika Yang di-Pertuan Agong bertitah yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang ditentukan mereka sendiri.
Isu ini juga mendapat perhatian dikalangan artis tanah air yang menyifatkan perbuatan Mellisa Gooi itu sebagai satu perbuatan terkutuk! Rata-rata mempersoalkan mana letaknya intergriti sebagai rakyat Malaysia?
Bekas Ratu Cantik Malaysia 1979, Nancie Foo
"Pertama sekali apa yang kita nampak hari ini masyarakat suka melontarkan kritikan dengan lebih terbuka menerusi media sosial. Tapi kita harus tahu juga batas-batasnya. Terang-terang dalam isu ini, ia adalah satu sikap yang memang tak sepatutnya ditunjukkan. Ia adalah sikap yang sangat kurang ajar lah! Kita kena sentiasa sedar siapakah ketua negara kita sekarang ini?
"Walaupun kita tidak nampak pemerintahan baginda secara kasar. Tapi kita kena ingat kedudukan Baginda paling tinggi dalam negara. Media sosial sangat berbahaya. Jangan sewenang-wenangnya kita menyalahgunakan saluran media sosial. Setiap individu perlu beringat, ada perkara yang kita boleh cakap secara terbuka dan ada perkara yang kita tak boleh sesuka hati memperkatakannya".
Penyanyi dan pelakon, Kelvin Lau
"Sebagai orang yang berada di kedudukan yang tertnggi dalam negara dan kita sebagai anak Malaysia, tak kiralah apa bangsa pun, kita tunjukkan rasa hormat kita. Jangan sesuka hati mengutuk. Dalam hal ini, isu tercetus gara-gara seorang individu yang berbangsa Cina. Saya nak beritahu kadang-kadang dalam bangsa Cina, ada sesetengahnya memang degil sikit. Mereka ada rasa tidak puas hati, tetapi saya tidak tahu apa sebab dan punca ketidakpuashatian mereka itu.
"Tapi apa yang boleh saya katakan, orang yang jenis ini mungkin bermasalah. Apa yang saya nampak dalam hal ini, bila kerajaan cakap rakyat diutamakan, rakyat dah jadi terlampau. Sesetengah rakyat, mereka ingat mereka boleh cakap sesuka hati. Apa yang patut dibuat, mereka tak buat. Apa yang tak patut buat, mereka buat".
Ratu Cantik 2004, Soo Wincci
"Sebagai rakyat Malaysia, sesiapa di antara kita pasti punya pandangan masing-masing terhadap apa jua perkara yang sedang berlaku. Kita tahu yang Raja adalah simbol keagungan negara. Jadi mana boleh kita kritik sesuaka hati. Sejak dari zamam dahulu lagi kita dah ada sistem raja dan perlembagaan. Kita dah ada Sultan. Jadi kita kena bagi satu penghormatan pada mereka.
"Bukan kita kena hormat hanya kerana jawatan. Tapi jasa Agong itu sendiri. Dan sebenarnya kalau ikutkan pun, di England, keluarga DiRaja Prince William pun mereka menerima banyak cemuhan daripaada rakyat mereka. Bukan semuanya yang suka pada keluarga DiRaja itu tapi keluaga itu sentiasa cuba untuk mendapatkan kepercayaan dan mengekalkan keagungan mereka mislnya membuat amal kebajikan kepada rakyat. Jadi saya percaya, Agong kita juga sentiasa berusaha untuk mencuba sehabis baik bagi memastikan negara dalam keadaan aman, damai dan sejahtera disamping mengekalkan keagungan mereka.
Juara One in a Million (Musim 1), Suki Low
"Sebagai rakyat Malaysia, kita kena menghormati raja kita. Kita kena hormat negara kita. Sejak dulu lagi negara kita dah amalkan sistem perlembagaan DiRaja. Kita sepatutnya menghormati ketua negara kita.
"Memang kita berhak dan bebas bersuara tapi bukan bermakna kita boleh menyakiti hati orang lain dengan sesuka hati. Apatah lagi menghina orang yang tinggi tahapnya. Kita sebagai rakyat kena tahu batas-batas dalam meluahkan sesuatu pandangan atau kritikan."
Pemain biola dan komposer, Dennis Lau
"Apa pun yang kita nak cakap lebih-lebih lagi kalau nak bercakap soal isu yang sensitif dan melibatkan golongan atasan negara, kita kena tahu kedudukan kita. Orang-orang beginilah yang sebenarnya yang menganggu ketenteraman negara sendiri, negara kita, Baginda raja kita. Kita rakyat jelata perlu hormatinya."
Juara Akademi Fantasia (Musim 1), Vince Chong
"Ini lah masalahnya kalau media sosial mempengaruhi kehidupan ramai orang. Bila tulis di Facebook, sesiapa saja boleh baca. Tapi jangan lah sampai kita tak tahu nak jaga apa yang kita cakap. Bahayanya media sosial, sama ada ia betul atau tidak betul, medium itu mampu menyebarkan apa saja maklumat dengan pantas.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita tak boleh melampaui batas. Kita perlu ada sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Hormati orang yang lebih tinggi kedudukannya terutama kalau beliau itu adalah seorang ketua negara. Kalau pun kita nak cakap atau luahkan sesuatu, beri pandangan atau krikan terhadap isu yang mengaitkan politik, jangalah sampai melampaui batasan."
Pelakon dan penerbit filem, Hans Isaac
"Perkara sebegini hanya segelintir saja yang buat. Mungkin dalam hidup mereka, mereka sudah biasa menghina orang. Golongan macam ni, mereka selalu rasa yang mereka saja yang betul. Bukan hanya menghina Agong, tapi kalau kita menghina sesiapa pun, itu sudah menjadi satu kesalahan. Dan media sosial ini, bukan 100% kita boleh percaya.
"Hidup ini memag tak adil. Memang ramai orang dalam dunia ini tidak akan berpuas hati terhadap macam-macam perkara. Mungkin itu cara mereka nak luahkan perasaan, kemukakan pandangan dan terpulanglah pada mereka, dan juga terpulang pada masyarakat untuk menilai. Tapi sebagai rakyat, kita tak boleh lah sesuka hati meluahkan perasaan kita apatah lagi bila menghina golongan DiRaja."
Sumber
badan soo winci memang terbaik!
ReplyDelete