Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, September 04, 2013

PAU 2013: Sejauh Mana Sasaran Menjadikan Umno Lebih Demokratik Mampu Dicapai Sekiranya….





"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru, saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat.

"Inilah yg paling penting sekali, kerana Kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali,”


Petikan di atas adalah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelaksanaan Perlembagaan Baru dalam pemilihan Umno pada sidang medianya bertarikh 26 Julai 2013 di PWTC selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Terlebih dahulu, sedikit latar belakang mengenai pemilihan parti itu yang semakin hari semakin terasa kepanasannya terutamanya dalam beberapa isu berkaitan sayap Wanitanya. Pemilihan kali ini bakal menyaksikan lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara membuat pemilihan pucuk pimpinan parti berbanding hanya 2,500 sebelum ini.

Ia adalah susulan daripada pindaan perlembagaan Umno yang diluluskan pada 2009 yang mana antara lainnya meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Sebab pindaan pula dinyatakan sebagai usaha untuk menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang lebih demokratik, terbuka dan inklusif seperti yang dinyatakan Najib dalam kenyataan berikut:

"Ini kita katakan kita mahu jadikan Umno lebih demokratik kerana jumlah yang memilih kepimpinan parti menjadi lebih ramai. 

"Jika dibandingkan dalam lingkungan 150 ribu berbanding dulu, sekarang jumlah lebih besar yang mencerminkan  hasrat dan semangat kita menjadikan Umno lebih terbuka lebih terbuka dan demokratik dan lebih inklusif,”

Dan dalam merealisasikan matlamat tersebut, Najib menegaskan bahawa Umno ketika ini mahukan pemimpin yang bukan sahaja berjaya di dalam parti, tetapi juga di dalam pilihan raya sekali untuk memastikan Umno kekal menjadi pilihan majoriti rakyat di negara ini. Berikut petikan kenyataan beliau:

"Kita harap Umno ini sebagai parti yang diterima rakyat. Jadi bila Umno nak diterima oleh rakyat bererti bahawa kita mesti mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

"Jadi proses pemilihan dalam parti diharap dapat melontarkan (menonjolkan) mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif di kalangan rakyat,”

Ok..itu antara lain yang dinyatakan Najib waktu itu..Mengikut kefahaman Ketam, mesej yang ingin disampaikan beliau adalah:
 
1.    Pemilihan kali ini penting di dalam meletakkan Umno pada asasnya yang lebih kukuh.
2.    Menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang lebih demokratik.
3.    Mengangkat pemimpin yang bukan sahaja diterima ahli parti, tetapi rakyat keseluruhannya (memenangi pilihanraya).
4.    Memastikan Umno pertahan kedudukan pada PRU14.

Namun begitu, kenyataan Presiden Umno ini seolah-olahnya mencurah air pada daun keladi. Lihat contoh pautan-pautan berita berikut yang dibuat selepas kenyataan Najib itu, adakah ianya selari dengan matlamat yang ingin dicapai pada pemilihan kali ini? 

Pada pengamatan budak hingusan macam Ketam:  

Meletakkan Umno pada asas yang lebih kukuh – Di manakah rasionalnya, Pergerakan Wanita Umno Malaysia mengekalkan seseorang yang;

i.    Tewas PRU12 kepada pendatang baru, Nurul Izzah Anwar (kini Naib Presiden PKR) di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang dikatakan kubu kuat beliau
ii.    Tidak dipilih menjadi calon bertanding mewakili parti pada PRU13, Mei lalu 

Menjadikan Umno sebuah parti yang lebih demokratik – Apakah nilai demokratik yang tinggal sekiranya seseorang itu ‘dinasihat’ agar melupakan hasrat untuk bertanding sesuatu jawatan? Pihak yang ‘menasihati’ itu benar-benar memahami konsep demokratik atau tidak? Nasihat Ketam pada pihak yang beri nasihat tersebut, bagilah orang lain pegang jawatan awak pula..nampak tak layak benar awak pegang jawatan tu dengan kenyataan yang sebegitu.  

Mengangkat pemimpin yang diterima rakyat – Point mengenai hal ini sama dengan yang pertama..seseorang yang kalah pada pilihanraya diangkat menjadi pemimpin nombor satu sebuah pergerakan, lawak antarabangsa pun tak lawak macam ni. 

Pertahan kedudukan Umno pada PRU14 – Di dalam memastikan sasaran ini dicapai, sokongan daripada golongan muda amatlah perlu dititikberatkan memandangkan kumpulan ini yang akan memainkan peranan penting di dalam menentukan keputusan akhir PRU14 nanti. 

Berada dalam kelompok kumpulan sasar ini, Ketam percaya individu-individu yang dilihat mempunyai ‘bebanan politik’ yang berat sememangnya ditolak mentah-mentah golongan muda kini. Nak tak nak kita harus terima yang mana realitinya adalah sesebuah parti itu pasti akan menerima impak/kesan negatif sekiranya mana-mana pemimpinnya dipalitkan dengan cerita ‘kurang manis’. 

Dan dalam soal Wanita Umno ini, Ketam rasa ayat yang betul adalah ‘..dipalitkan dengan pelbagai cerita kurang manis’ ataupun ‘..dipalitkan dengan cerita-cerita kurang manis’.

Rasanya yang membaca posting ni faham sangat kot mesej yang ingin Ketam sampaikan. Nafsu membuak nak tulis lagi, tapi orang kata ikut hati mati. Kita sambung lain posting ya..kekeke…

Adios!!!



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...