Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, June 11, 2013

10 Model Kereta Turun Harga, Bukti Komitmen BN Tunai Aku Janji




Setelah berjaya mengekalkan tampuk pemerintahannya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu, kerajaan Barisan Nasional tidak langsung berpaling ke belakang sebaliknya meneruskan khidmatnya kepada rakyat yang telah memberikan mandat buat ia meneruskan kecemerlangannya mentadbir negara ke arah kecemerlangan.

Dan dalam memacu Malaysia ke arah kegemilangan, kerajaan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ini tidak pernah lupa akan aku janjinya sebelum pilihanraya apabila dilihat mula melaksanakan janji-janjinya secara berperingkat.

Satu persatu dapat kita saksikan pelaksanaan aku janji BN yang secara tidak langsung menutup mulut para pengkritik yang selama ini tidak henti-henti melontarkan persepsi negatif serta menghasut rakyat berprasangka buruk terhadap kerajaan.

Terbaru, sepuluh buah model kereta didapati telah mencatatkan penurunan harga bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini. Ianya adalah langkah awal kerajaan di dalam mengotakan katanya sebelum ini iaitu ingin menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga menjelang 2017.

Pengeluar yang terlibat dalam penurunan harga fasa pertama ini adalah Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Berikut adalah senarai 10 model kereta tersebut:

1. Peugeot 308 (11 peratus)



2. Volkswagen Golf (7.1%)



3. Perodua Viva (5.4%)



4. Perodua Myvi (4%)



5. Proton Persona (3.8%)



6. Perodua Alza (3.4%)



7. Proton Preve (3%)



8. Honda Jazz Hybrid (2.5%)



9. Proton Saga (1.1%)



10. Proton Exora (0.7%)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...