Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, June 09, 2013

Tahniah FAM!!Sejarah Tercipta Lagi Pastinya Rakyat Gembira!




Selepas kita menerima satu khabar 'sedikit' gembira berhubung skuad Harimau Malaya yang berjaya memperbaiki kedudukan rankingnya apabila naik dua anak tangga kelmarin, terbaru, satu lagi khabar 'menggemparkan' tentang skuad kesayangan kita ni menerusi aksi persahabatannya dengan pasukan 'part-time' Australis iaitu Canberra FC.

Diberitakan skuad kendalian jurulatih Datuk K Rajaobal yang menurut beliau 'menunjukkan karakter yang bagus' pada perlawanan itu telah tewas 2-3 kepada pasukan berstatus tidak profesional.

Ketinggalan 2-0 pada babak pertama, kemasukan penyerang Safee Sali pada babak seterusnya berhasil apabila beliau berjaya menjaringkan 2 gol untuk mengikat kedudukan 2-2. Namun penalti pada masa kecederaan memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Susulan itu, akhbar The Canberra Times di dalam laporannya menggunakan headline ‘part- timers steal win over internationals' (Pemain separuh masa menewaskan pasukan kebangsaan). Tentu yang mempunyai perasaan akan sedikit terguris membaca baris tersebut bukan?

Tapi tidak buat Rajagobal! Jelasnya, beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan pemain pada perlawanan tersebut. 

“Pendapat saya, perlawanan itu kompetitif dan secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain.

“Barisan pemain telah menunjukkan karakter yang bagus yang kami ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama.

“Kami berjaya bangkit pada aksi kedua perlawanan dengan bermain lebih agresif dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tahniah Harimau Malaya, Tahniah FAM, Tahniah Ultras, tahniah semua.., kata Ketam..haish..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...