Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, March 07, 2013

Obama jumpa Sultan Brunei Selasa depan




Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama akan menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Rumah Putih pada hari Selasa depan dalam perbincangan untuk persediaan sidang kemuncak Asia Timur dan sidang kemuncak AS-ASEAN pada bulan Oktober.

Obama, yang menggunakan penggal pertamanya untuk mengeratkan hubungan diplomasi AS bersama Asia dijangka akan menghadiri sidang kemuncak berkembar itu di Brunei, kemungkinannya akan fokus kepada isu-isu penting berkaitan ekonomi, diplomatik dan pewilayahan.

“Kunjungan sultan menegaskan lagi kepentingan strategik yang diletakkan oleh Presiden ke atas kawasan Asia Pasifik, serta merealisasikan perhubungan dengan kawan-kawan dan rakan kongsi di kawasan itu,’’ kata jurucakap Rumah Putih semalam.

Rumah Putih juga berkata Obama berminat untuk berbincang tentang perkembangan program Trans-Pacific Partnership (TPP) yang telah Obama jadikan sebagai keutamaan dalam hubungan Washington di Asia.

Perbincangan berkenaan TPP melibatkan Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan AS sendiri.

- AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_10/Obama-jumpa-Sultan-Brunei-Selasa-depan#ixzz2MnHiRO61




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...