Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, May 04, 2013

Misteri Jam Omega Anwar Dibongkar!!!




Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyedari kehilangan jam Omega pada hari sama video seks Datuk K mula ditayangkan di khalayak ramai dua tahun lalu, kata seorang bekas peguambela Anwar Ibrahim.

Yuktes Vijay berkata pada 23 Mac 2011, beliau bersama peguam lain dan beberapa pemimpin PKR berada di rumah Anwar di Segambut apabila desas-desus wartawan menonton video China Doll itu tersebar.

“Kami duduk menanti beliau, seketika kemudian, Anwar pun turun memakai singlet dan sarong dengan perut buncit. Ya. Pada ketika itu perutnya buncit,” kata Yuktes dalam memperinci pengalamannya berkerja dengan pasukan peguam Anwar.

Azizah sedar jam Omega hilang

“Seketika kemudian, Wan Azizah meluru ke arah Anwar dan berkata kepadanya ‘Bang jam dah hilang’,” kata beliau.

Pendedahan Yuktes menggemparkan kerana Azizah dan Anwar sebelum ini rata-rata menegaskan  jam itu  ada dalam simpanan mereka apabila Anwar dikaitkan dengan video seks membabitkan pelacur.

Yuktes berkata beliau hanya memberikan perhatian kepada kenyataan Azizah kira-kira seminggu selepas Shazryl Eskay mendedahkan bahawa beliau mempunyai jam itu.

Eskay mendakwa jam itu ditinggalkan oleh pelaku dalam video berkenaan di kamar hotel selepas mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Yuktes berkata, meskipun beliau tersentak dengan misteri jam omega itu, “saya mengambil pendirian ketika itu untuk terus dengan kerja saya..dan saya anggap yang dilakukan oleh Anwar adalah antara beliau dan isterinya,” kata Yuktes.

Dalam wawancara itu Yuktes mengupas bagaimana beliau bertukar daripada seorang “Anwarista” tegar kepada pengkritik Ketua Pembangkang itu selepas melihat perwatakannya dari dekat.

“Banyak benda yang saya sendiri perhatikan ketika perbicaraan dan di luar mahkamah membuat saya berfikir semula mengenai orang ini,” kata beliau.

Tolak Anwar sebab dia tidak layak

Dengan hari pengundian 24 jam lagi, Yuktes berkata beliau sekali lagi tampil untuk menggesa pengundi menolak Anwar kerana beliau tidak layak memimpin negara.

“Saya tidak akan lupa 23 Mac kerana itu hari jadi saya…Anwar nampak gelisah dengan tayangan video itu di Carcosa. Budak-budaknya sibuk mencari alasan untuk menafikan Anwar pelakunya,” kata Yuktes.

Beliau berkata Anwar pada mulanya mahu menuduh bahawa video itu menggunakan teknologi CGI (computer  generated image) namun kemudian setuju menggunakan alasan ‘pelaku dalam video buncit perut’ dan beliau tidak,” kata Yuktes.

Jadi rancangan pun diatur untuk beliau memakai sebuah vest untuk menutup perutnya itu,” kata Yuktes.

Mengupas kes Anwar dituduh meliwat Saifu Bukhari Azlan pada tahun 2008, Yuktes berkata pelbagai pihak di kem Anwar sendiri yakin ketua pembangkang itu akan disabitkan dengan tuduhan berkenaan.

Kesilapan besar Jude Pereira

“Namun yang menyelamatkan Anwar adalah kesilapan besar pegawai penyiasat polis Jude Pereira untuk tidak menyimpan bukti sampel DNA mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” kata beliau.

Meskipun begitu, Yuktes berkata rakyat perlu menilai beberapa hakikat mengenai kes itu.

Paling utama adalah hakikat  bahawa Anwar sendiri tidak berani memberikan keterangan di kandang saksi.


Sambung Baca


1 comment:

  1. Nyata terbukti ini cerita rekaan semata2 menjelang PRU13. 50 Dalil pun dah jadi senjata makan Tuan & penulis upahan.Setuju kita jgn tuduh sesiapa tanpa bukti yg kukuh & bukti sahih yg kesahihannya tidak boleh dipertikaikan. Tuduhan zina perlu 4 org saksi yg boleh dipercayai.Kita pakat2 doakan kehancuran menimpa para penyebar fitnah serta ord2 kesayangan mereka. Aamiin Yarabbal Alamiin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...