Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, January 09, 2013

Dalam Pakatan Rakyat pun ada amalan rasuah



oleh: Hadri Yaziz

ULASAN: Serangan utama Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional adalah isu rasuah. Isu itu digunakan untuk membuat rakyat benci kepada BN dan mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

Pakatan mendakwa ia memegang kunci yang akan menghapuskan rasuah dengan syarat ia diberikan mandat menawan Putrajaya.

“Jika hanya menang di peringkat negeri, tidak ada banyak yang kami boleh buat.” Itulah yang diujar oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Masalahnya ialah ketiga-tiga parti dalam PR iaitu PKR, DAP dan PAS tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka kalis rasuah atau negeri pimpinan mereka bebas daripada gejala itu.

Sogok RM30,000, prinsip keadilan dinafikan

Berita seorang pembantu kanan Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor Othman ditangkap ketika cuba menyuap RM30,000 kepada si suami untuk memujuk isterinya menggugurkan tuduhan penderaan seks (sexual harassment) terhadap seorang pegawai daerah memang mengejutkan.

Belumpun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiapkan siasatan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melakukan rombakan pertukaran pegawai-pegawai daerah di Pulau Pinang.

Prinsip keadilan semulajadi untuk pegawai daerah terbabit dinafikan semata-mata kerana DAP mahu menunjukkan ia begitu pro-aktif dalam isu berkenaan.

Pakatan begitu berhati-hati untuk memastikan imejnya tidak tercalar atau ia silap langkah dan pada masa sama ia terus menyerang BN di atas isu rasuah.

Apapun pandangan umum mengenai rasuah dalam kerajaan, yang nyata ialah rasuah adalah realiti dalam mana-mana kerajaan, demokratik atau komunis.

Janji-janji bulan bintang dan cakerawala untuk membanteras gejala itu di Malaysia harus dinilai dengan penuh waspada, khususnya apabila pihak yang membuat janji itu sendiri menghadapi masalah itu dalam pakatan yang diwakilinya.

Terlalu banyak salah laku dalam PR

Isu suapan RM30,000 bukan satu-satunya tuduhan rasuah yang menghimpit kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Tuduhan-tuduhan penyelewengan kuasa, pemberian tanah, balak, kroni dibayar gaji lumayan berlaku di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.  

Anehnya dalam kes-kes membabitkan pembangkang, pemimpin-pemimpin Pakatan bingkas bersedia  bekerjasama dengan SPRM.


Baca selebihnya di sini



6 comments:

  1. selagi bernama manusia tidak boleh lari dari terbius dengan kesetanan

    ReplyDelete
  2. tapi masaalahnya parti pembangkang kerjanya mengutuk org aje daripada tok lebai hinggalah pada yang jahil tuke

    ReplyDelete
  3. sejuk2 dpt pahala percuma bagi mereka yg kena kutuk

    ReplyDelete
  4. sejuk2 dpt pahala percuma bagi mereka yg kena kutuk

    ReplyDelete
  5. tapi masaalahnya parti pembangkang kerjanya mengutuk org aje daripada tok lebai hinggalah pada yang jahil tuke

    ReplyDelete
  6. selagi bernama manusia tidak boleh lari dari terbius dengan kesetanan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...