Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, June 18, 2013

Pengusaha Bas Melampau? Ingat Rakyat Tak Boleh Melampau? Boikot! Boikot! Boikot!




Spekulasi mengenai kenaikan harga tiket bas menjelang sambutan Hari Raya Puasa begitu kuat diperkatakan ketika ini. Hal ini semestinya menimbulkan sedikit rasa tidak senang di kalangan masyarakat terutamanya bagi umat Islam yang menyambut perayaan tersebut.

Jumlah kenaikan yang begitu heboh diperkatakan kononnya bakal dikuatkuasa ialah sebanyak 30 peratus. Pastinya ia merupakan satu jumlah yang begitu membebankan bagi pengguna perkhidmatan bas ini apatah lagi pada musim perayaan.

Pelbagai respon terutamanya negatif yang diterima susulan daripada khabar angin ini. Kerajaan pastinya merupakan sasaran utama kritikan dari mereka yang tidak berpuas hati dengan cadangan ini. Tidak terlepas daripada dikritik ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap lapangan ini.

Pelbagai persepsi serta tohmahan negatif diajukan terhadap suruhanjaya yang ditubuhkan pada tahun 2010 ini terutamanya di laman-laman blog dengan hujah-hujah dangkal dan tidak keterlaluan jika dikatakan bersikap serkap jarang dengan menuduh SPAD tidak prihatin terhadap pengguna dan lebih menyebelahi pihak pengusaha bas.

Untuk mengelakkan berlanjutnya salah faham terhadap SPAD, Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidak lebih dari sekadar andaian. Ini kerana katanya, pihak beliau masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung permohonan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA).

Ya..PMBOA ialah pihak yang sebenarnya rakus mahu mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih pada musim perayaan nanti. Ketam tak faham kenapa orang kita ni begitu cepat melenting tanpa usul periksa terus sahaja menyalahkan kerajaan. Dalam pelbagai perkara, atau tak salah dikatakan apabila hampir setiap kali berlakunya perkara yang tak best, pastinya mudah sahaja disimpulkan kerajaan yang perlu bertanggungjawab.

Berbalik kepada SPAD, Syed Hamid di dalam kenyataannya memberitahu bahawa keputusan mengenai perkara tersebut hanya akan diumumkan setelah pertemuan diadakan di antara pihak suruhanjaya dengan wakil persatuan pengusaha itu untuk mencari penyelesaian.

Dalam masa yang sama beliau turut mengakui permintaan PMBOA itu keterlaluan dan tidak kena pada masanya selain kenaikan 30 peratus yang dituntut itu disifatkan sebagai tidak logik.

Terbaru, beliau memberi amaran kepada mana-mana kumpulan yang cuba mengaut keuntungan daripada pengguna dengan bersepakat mengawal harga tiket bas bahawa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Dengan tegas beliau menyatakan bahawa SPAD tidak akan tunduk kepada sebarang usaha secara berkumpulan untuk menetapkan harga tiket bas yang membebankan pengguna.

“SPAD bersedia menerima teguran atau cadangan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam darat, termasuk bas ekspres. Kami tak akan membuat sesuatu keputusan dalam suasana diancam,” beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam hal ini tak nak pulak blogger-blogger yang sebelum ini kondem SPAD buat artikel puji ketegasan Syed Hamid yang tak tunduk terhadap tekanan yang dibuat PMBOA. Tau kecam je ke? Kalau betul kecaman yang dibuat tu takpa jugak..Ni dah lah boleh dikatakan memfitnah, minta maaf pun haram takda. Apa lagi nak puji, memang mimpilah..

Syed Hamid dalam pada itu tidak menolak kemungkinan ada “dalang” yang sudah cucuk PMBOA untuk membuat tuntutan itu. Kumpulan itu katanya cuba memaksa kenaikan harga sehinggakan orang tak ada pilihan.

Aduan kenaikan kos selenggara ujar bekas Menteri Dalam Negeri ini, bukan alasan yang kuat untuk menaikkan tambang memandangkan selama ini kerajaan telah banyak membantu pengusaha-pengusaha bas ini termasuk memberikan mereka subsidi diesel.

Dan untuk rekod, pada 15 Jun lalu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek dalam kenyataannya menggesa persatuan dan syarikat bas supaya mengkaji semula keputusan mereka itu dan mengekalkan kadar biasa.

Dan sekiranya mereka masih berdegil, pengguna katanya boleh menggunakan kuasa mereka untuk memboikot perkhidmatan berkenaan.

Ketam pulak kata, kita boikot je bisnes puak kapitalis tak kira tambang naik atau kekal! Jangan ingat mereka boleh buat apa sahaja dan terus menekan golongan kebanyakan.

Dasar kapitalis! Mana puak-puak haram jadah? Mana Surendran? Mana Nurul Izzah? Mana Brader Anwar bin Ibrahim? Awat tak bising-bising pulak isu ni? Mana Liew Chin Tong? Apa nak bela pengusaha bas ke apa dalam isu ni? Pigidah!

*Akan mulakan kempen 'menghasut' orang ramai boikot syarikat pengusaha bas kapitalis..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...