Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, March 12, 2013

Sam, Pengarah Syarikat Muda Berusia Enam Tahun!



Bertuah! Sam Pointon yang baru berusia enam tahun ditawarkan jawatan pengarah di sebuah Muzium Keretapi Kebangsaan di York, England. Sam sememangnya kanak-kanak yang mempunyai minat mendalam mengenai keretapi dan muzium inilah yang menjadi lokasi pilihan utamanya setiap kali keluar bersama keluarga.

Ia bermula pada Julai 2009 di mana Pengarah Muzium, Andrew Scott, dijangka bersara setelah 15 tahun berkhidmat. Ketika itu, Sam melihat ia sebagai peluang bagi memenuhi minatnya terhadap keretapi.
Dengan itu beliau telah menghantar sepucuk surat permohonan kerja bagi mengisi jawatan pengarah yang bakal di kosongkan oleh Scott. Surat yang di hantarnya menggunakan tulisan tangan seperti gambar di bawah.

Nasib menyebelahinya, apabila surat permohonannya mendapat reaksi positif pihak muzium dengan menawarkan jawatan sebagai Pengarah "Keriangan".

"Ia merupakan tugas terhebat di dunia. Saya menyukainya. Ia sangat menyeronokkan. Terutamanya keretapi berkuasa wap. Saya suka melihat rodanya ketika bergerak." Kata Sam ketika memulakan tugas di muzium.

Tugasnya mudah, hanya memberitahu kepada rakan-rakan sekerjanya bagaimana menjadikan muzium tersebut tempat harian yang meriangkan untuk kanak-kanak.


Klik sini untuk video dan lebih gambar


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...