Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, June 08, 2013

'Syafaat' ANUgerah Tuhan, Taksuban Tak Perlu Susah Payah Nak Naik Haji




Untunglah siapa-siapa yang jadi pengikut-pengikut/penyokong-penyokong/taksuban-taksuban Pakatan Rakyat. Tak payah nak kumpul duit tunggu lama-lama untuk pergi menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Haji.

Taksuban-taksuban yang 'berpegang dengan iman yang kukuh' kepada ANUgerah tuhan kini hanya perlu menyediakan modal pergi dan balik sahaja untuk 'menunaikan ibadat' mereka. Bukan setakat itu, sesiapa yang mempunyai masalah fobia menaiki kapal terbang juga usah khuatir lagi memandangkan Pakatan sudah memikirkan jalan penyelesaian yang 'ideal' untuk menanganinya.

Rujuk laporan mengenai kenyataan  Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ini:

Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyifatkan rakyat di negara ini layak untuk keluar berhimpun secara aman membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum bulan lalu.

Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.

Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.

“Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong,” kata beliau.

Sambung

Untung sangat-sangat kan? Kiranya siapa-siapa yang pernah join himpunan Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat, dan segala bagai himpunan lagi sebelum ini layaklah kiranya digelar Haji kan? Tak gitu?

Kalau macam tu, oleh kerana Ketam pon pernah join himpunan anjuran puak ni jugak, so kena panggil Ketam sekarang ni 'Haji Ketam' ke macam mana? Kekeke...

Mana-mana puak taksuban yang masih belum pernah menyertai himpunan haram pakatan haram ni ataupun belum berkesempatan menunaikan haji ataupun nak naik haji kali kedua, ketiga, keempat atau kelima, tidak perlu khuatir juga kerana 'pemegang mohor besar pakatan' dah tengok 'anak bulan' dan menetapkan korang boleh 'naik haji' 15 Jun ini. 'Tema naik haji' kali ini ialah 'Blackout 505'.

Orang kata nak tunaikan ibadah ini banyak cabaran dan ujiannya ye tak? Setakat tear gas, water cannon tu semua nak uji 'keimanan' taksuban-taksuban terhadap ANUgerah tuhan je kan.

Sebab tu lah walau macam mana sekatan sekalipun dibuat untuk menghalang taksuban-taksuban 'beribadah', tetap ramai yang berjaya melepasinya kan? Soalnya cuma 'mabrur' atau tidak aja ibadah korang tu kan? Kalau macam Ketam ni sah-sah tak mabrur punya kan. Asyik 'ingkar' arahan ANUgerah tuhan je..kekeke...

Apapun, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ada buat kenyataan petang tadi untuk tidak membenarkan himpunan tersebut dilangsungkan di Padang Merbok memandangkan ianya bukan premis tertutup.

"Tapi kita benarkan mereka untuk adakan perhimpunan di tempat tertutup..Saya dimaklumkan oleh Datuk Bandar, mereka mohon untuk gunakan Padang Merbok.

"Pada saya Padang Merbuk terbuka. Dan saya cakap pada Datuk Bandar kita tidak akan beri mereka di Padang Merbok atau Dataran Merdeka," beliau dipetik sebagai berkata.

Klik untuk teruskan membaca



Adios!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...