Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, April 22, 2013

Najib Percaya Zulkifli Noordin Akan Bela Kaum India





Calon BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mampu menyelesaikan masalah masyarakat kaum India di kawasan itu, jamin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru beliau menyeru pengundi kawasan itu memilih Zulkifli sekali gus mengembalikan Selangor di bawah kuasa Umno Barisan Nasional (BN).

Zulkifli sebelum ini dikecam pemimpin Pakatan Rakyat ekoran kenyataannya yang bersifat rasis ketika menjadi ahli PAS, 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, Zulkifli telah meminta maaf kepada masyarakat India di atas keterlanjurannya itu.

Beliau kemudiannya meminta rakyat menilai kembali 'track record' Pakatan Rakyat yang sebelum ini merobohkan tujuh buah kuil, dalam tempoh lima tahun memerintah.   

"Dia (Datuk Zulkifli Noordin) Insya-Allah jadi Ahli Parlimen Shah Alam bantu BN.. Dia sudah minta maaf kepada orang India, orang India pun sudah terima dan ada orang India sudah cium dia.

"Orang India nak sekolah, nak kuil..Zul (Zulkifli) beritahu saya, saya akan luluskan," kata beliau semasa mengadakan lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seksyen 18 Timur, di sini.

Bekas Ahli Parlimen Kapar, yang kini calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam sebelum ini mengkritik Pakatan Rakyat Selangor kerana tidak sensitif dan terus merobohkan kuil di negeri itu.

Walhal, pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 Pakatan Rakyat memberi jaminan akan membela nasib kaum India.

Najib selain itu menyeru agar rakyat Selangor khususnya, membuat tindakan yang bijak pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita buat aku janji, kita tak buat manifesto sebab nama manifesto sudah rosak.. 56 aku janji BN Selangor, insya-Allah kita menang, kita tunaikan," kata beliau lagi.


Sumber





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...