Jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Dari luar kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya mula meriah dengan kehadiran bas pelancong dan para pelawat yang ingin meninjau keindahan kompleks tersebut.
Untuk rekod, Seri Perdana dibina pada 1997 di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.
Setibanya di sana, Mynewshub.my dibawa terus ke bangunan yang menempatkan kediaman peribadi Najib dan keluarganya itu yang terletak di bahagian belakang.
Lebih kurang 10 minit menunggu, keluarlah kelibat pemimpin nombor satu Malaysia itu dengan muka yang berseri-seri dalam keadaan yang cukup santai.
Najib memakai kemeja T biru muda dan seluar khakis berwarna biru gelap ketika menyambut ketibaan kami.
Beliau kemudiannya dengan ceria bersalaman dengan kami yang hadir.
Ternyata sikapnya yang peramah dan mudah mesra itu telah membuatkan kami semua ‘lega’, maklumlah bukan senang untuk berjumpa pemimpin nombor satu negara itu yang terkenal dengan dengan kesibukan dan kepadatan tugas harian mentadbir negara.
Untuk makluman, ada dua perkara yang menjadi rutin Najib di rumah walau sesibuk mana pun beliau dengan aktiviti hariannya.
Pertama memberi makan ikan di kolam kediaman rasminya itu, dan kedua membelai kucing-kucing baka Parsi kesayangannya iaitu Kiki dan anaknya, Tiger.
Sebenarnya, kucing betina Kiki dibeli bersama pasangannya, Leo oleh Najib kira-kira tiga tahun lalu di kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bagaimanapun Leo mati tidak lama selepas Tiger dilahirkan oleh ibunya, Kiki.
Sebaik saja dibawa ke pangkuan Najib oleh pembantunya, Kiki dan Tiger tidak melepaskan peluang ‘bermanja’ dengan tuan mereka.
Najib dilihat cukup menyayangi kedua-duanya, bahkan berkali-kali beliau memeluk dan mencium kedua-dua kucing berkenaan.
” Kucing ini sangat comel dan wangi…kedua-duanya dimandikan setiap hari ,” kata Najib kepada Mynewshub.my sambil membelai kucingnya yang kelihatan gebu dan bersih itu.
Sambung baca
No comments:
Post a Comment