Ini kes berat ni..kes serius..Tuduhan-tuduhan berikut yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap calon-calon PKR adalah sesuatu yang sangat-sangat berat. Ianya menuntut siasatan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan pimpinan beliau dalam parti itu.
Ustaz Hadi seperti yang dinyatakan beliau di dalam video berikut ‘KENAPA BERLAKU PERTINDIHAN CALON PAS & PKR?’ telah mempertikaikan kredibiliti calon-calon yang telah direstui oleh Anwar bagi menggalas cabaran PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 awal bulan depan.
Antara lain, Ustaz Hadi mendakwa calon di kerusi-kerusi yang terlibat adalah calon ‘tangkap muat’ yang boleh menjejaskan potensi Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya. Justeru PAS perlu bertindak demi ‘menyelamatkan’ gagasan tiga parti (PAS, PKR dan DAP) itu.
Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti di Johor, Hadi mendakwa terdapat usaha sulit yang mahu memberikan kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) yang akhirnya telah memaksa PAS meletakkan calonnya Azlisham Azahar di saat-saat akhir.
“Di Johor berlaku pertindihan kerana kita tunggu rakan kita (calon PKR) mari (atau) tak mari masuk nama calon..sikit lagi nak habis, nak tamat (tempoh pencalonan) tak mari-mari, kita siap sedia takut (BN) menang tanpa bertanding.
“Kerana ada jual calon ini..(jadi) PAS terpaksa bertanding. Bila PAS masuk barulah dia masuk. Ha ini dia ceritanya,” beliau dipetik sebagai berkata dalam video tersebut.
Selain itu, Hadi yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang ini turut mendakwa ada calon yang edar pil kuda! Ini serius!! Tapi beliau tak mahu dedahkan calon di kerusi mana yang dimaksudkannya itu. Mungkin beliau mengharapkan pimpinan PKR sendiri untuk mengambil tindakan kot..
Lagi best, kenyataan Hadi yang seterusnya secara tidak langsung memberi gambaran nyata tentang pendirian sebenar PAS sebagai sebuah parti Islam terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM). Kenyataan beliau ini juga jika dilihat secara mendalam, seolah-olah membayangkan PKR melindungi sebuah parti berideologi komunis, senada dengan apa yang didakwa BN selama ini.
“Ada calon yang menjulang gambar Stalin..macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan PKR dengan DAP sahaja, tak kerjasama dengan parti Stalin..
“Karl Marx, gambar Karl Marx duduk dalam markas nak suruh orang PAS kerja..Karl Marx ini macam Nabi Muhammad dia lah, yang menganut ideologi komunis..
“Inilah sebabnya bertindih bertanding itu..Nak menyelamatkan Pakatan,” tegas beliau.
Lantas apa yang boleh disimpulkan dari perkara ini? Bunyinya klise, tapi ia hakikat iaitu kerjasama di kalangan Pakatan ini semakin hari semakin terserlah kerapuhan mereka. Dalam Mustafa Ali bagi guarantee tak kan berlaku tiga penjuru, tiba-tiba sampai tujuh kerusi lah kena hadap..masak..
Untuk senarai kerusi yang bakal menyaksikan pertembungan sesama mereka, sila klik sini
No comments:
Post a Comment