Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 28, 2015

‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’ Versi Pakatan




Pakatan Rakyat (Pakatan) memang hebat merancang, ataupun lebih tepat lagi menyelamatkan diri daripada terpaksa menanggung masalah yang ditimbulkan mereka sendiri. Strategi mereka sangat licik sebenarnya sehinggakan para pak haji punyalah ramai yang terpengaruh dengan tipu helah mereka sehinggakan pada pandangan mereka para pimpinan Pakatan itu seolah-olahnya begitu maksum dan suci, tercela daripada sebarang dosa. Begitu tinggi sekali darjat para pimpinan Pakatan di mata para penyokong mereka. Justeru tak hairanlah mengapa para pengikut mereka begitu taksub sekali sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi para pemimpin maksum mereka.

Agak pelik juga memikirkan apakah ‘ramuan’ ataupun ‘resipi kejayaan’ puak-puak ini sehinggakan para pengikut mereka begitu mempercayai setiap kata-kata pimpinan mereka walaupun terang-terangan ditipu depan-depan muka mereka dengan hujah-hujah yang lagi kartun daripada kartun.

Ambil contoh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun ketika ini, bekas banduan yang kembali meringkuk ke dalam penjara itu seperti yang kita semua ketahui diselubungi dengan bermacam-macam tuduhan salah laku, yang paling popular pastinya salah laku seksual songsangnya. Namun begitu, walaupun berbagai-bagai kesalahan yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu, tapi seolah-olahnya ia tidak memberikan kesan kepada sokongan terhadap beliau dan Pakatannya. (Ustazah penulis dulu selalu cakap yang berpakat ini syaitan sahaja)

Seorang teman penulis pernah ‘melawak’, ‘Anwar Ibrahim kalau dia terang-terang jalan-jalan berbogel pun, nak-nak di Permatang Pauh, penyokong dia tetap kata itu bukan Anwar Ibrahim’. Begitulah hebatnya darjat ‘anugerah tuhan’ bak kata isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tak pernahkah anda terfikir ilmu pawang manakah yang digunakan para pemimpin pembangkang ini sehinggakan seolah-olah ada kuasa ‘memukau’ pula yang diamalkan mereka ini. Pernah mengikuti begitu banyak siri-siri ceramah anjuran puak ini, jujur dan tegas penulis katakan banyak yang auta daripada fakta. Selain itu, ‘fakta auta’ yang sama sahaja selalunya diulang-ulang dalam ucapan mereka. Dah boleh baca dah apa yang mereka ‘jaja’. Lagi-lagi ‘kerajaan zalim’, ‘fitnah’, ‘rasuah’ dan ‘seleweng duit’. Peliknya, macam mana pula mereka boleh tahu seolah-olahnya memang betul setiap apa yang mereka ‘umpan’ kepada para taksuban mereka itu.

Mungkin juga kita boleh mengaitkan dengan bagaimana mereka semacam boleh ‘meramalkan’ masa depan apabila awal-awal lagi dah siap-siap keluarkan kenyataan menafikan tuduhan-tuduhan ‘yang bakal’ dikaitkan dengan mereka. Biasanya pokok takkan bergoyang kalau tiada angin. Tapi amatlah pelik dalam situasi amalan pemimpin pembangkang ini, angin belum bertiup tapi pokok dah terketar-ketar dulu menggigil kesejukan. Fenomena apakah agaknya itu?

Contoh mudah untuk faham, ambil contoh isu-isu tersebarnya video lucah para pimpinan pembangkang termasuklah daripada parti yang memperjuangkan Islam, kononnya, PAS sedikit waktu dahulu. Bukan satu dua video, bersepah! Yang panjang ada, yang pendek ada, gambar ada. Aksinya juga pelbagai, yang terang-terang tak perlu nak tilik sampai pusing-pusing skrin nak nampak aksi yang ditampilkan itu. Ada yang ‘terkam’, yang ‘sedekah aiskrim’, yang ‘menikmati’ aiskrim pon ada. Dibintangi pula oleh bukan calang-calang individu, semuanya boleh dianggap taraf-taraf ‘dewa’ kalau anda penyokong pembangkang.

Tapi yang peliknya, tak tahulah samada mata penulis yang rabun ataupun mata mereka yang juling, bukti-bukti jelas yang terang lagi bersuluh pun di’tonyoh’ pada batang hidung pembangkang sekalipun mati-matian tidak akan diterima oleh para taksuban. Ibaratnya tak guna kalau kita nak buat mereka percaya. Tak tahulah batang hidung siapa yang mereka nampak dalam video ataupun gambar tersebut. Batang hidung sendiri mungkin. Sekadar bergurau.

Tidak berniat untuk mengungkit isu lucah ini dengan sengaja. Sebaliknya sekadar ingin menyedarkan semua akan satu taktik ‘licik’ puak haram jadah ini yang selama ini mungkin ramai yang telah terlepas pandang.

Baca selebihnya di PostMetro.Net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...