Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, July 27, 2013

Pemilihan Umno 2013, Najib Sudah ‘Hint’ Shahrizat?

 
 
 
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi Umno di PWTC telah mengulas sedikit sebanyak mengenai pemilihan Umno tidak lama lagi.
 
Antara perkara dikupas beliau yang merupakan Presiden Umno  itu adalah mengenai tarikh-tarikh bagi pendaftaran calon bagi semua jawatan dan persidangan untuk pergerakan sayap-sayap parti serta tarikh dijadualkan berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013.
 
Berikut petikan kenyataannya yang sempat Ketam salin pada sidang media tersebut.
 
"Seperti mana kita sedia maklum kita maklum tahun ini adalah pertama di mana perlembagaan baru Umno akan  dikuatkuasakan.
 
"Justeru kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti berdasarkan kepada perlembagaan baru yang telah diputuskan dalam mesyuarat hari ini.
 
"Cadangan ini telah dirumuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan di bawah Yang Amat Berhormat Timbala Presiden di mana cadangan tersebut telah diterima dalam  Mesyuarat Majlis Tertinggi
 
"Pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada peringkat ahli majlis tertinggi, bahagian,  pergerakan sayap-sayap pada 7 September hari sabtu di Badan Perhubungunan Umno Negeri.
 
"Persidangan sayap pergerakan dan pemilihan akan diadakan serentak pada 28 September pada hari Sabtu.
 
"Mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan diadakan serentak oleh ahli majli tertinggi pada 5 Oktober pada hari Sabtu.
 
"Perhimpunan Agung Umno 2-7 Disember iaitu pada hari selasa hingga sabtu,” Najib dipetik sebagai berkata.
 
Yakin pemilihan kali ini akan mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang benar-benar demokratik, telinga Ketam sempat menangkap sepotong ayat daripada Najib yang agak menarik sebenarnya untuk dikupas.
 
Kita usha dulu kata-kata beliau tentang efek pemilihan kali ini.
 
"Ini kita katakan kita mahu jadikan Umno lebih demokratik kerana jumlah yang memilih kepimpinan parti menjadi lebih ramai.
 
"Jika dibandingkan dalam lingkungan 150 ribu berbanding dulu, sekarang jumlah lebih besar yang mencerminkan  hasrat dan semangat kita menjadikan Umno lebih terbuka lebih terbuka dan demokratik dan lebih inklusif,” jelas beliau.
 
Ok, sekarang tiba pada part menarik yang Ketam maksudkan tu..Ketika ditanya wartawan mengenai kemungkinan banyak muka baru yang akan melonjak, Najib menjelaskan ia sememangnya yang dijangkakan akan berlaku nanti.
 
Namun begitu beliau meletakkan kepercayaannya kepada pemilih di mana katanya sekiranya banyak muka baru yang naik sekalipun, beliau percaya pilihan tersebut dibuat atas dasar untuk meletakkan parti pada asas yang lebih kukuh.
 
Lebih menarik lagi, beliau turut menegaskan bahawa Umno ketika ini mahukan pemimpin yang bukan sahaja berjaya di dalam parti, tetapi juga di dalam pilihan raya sekali. Ini ujar beliau adalah untuk memastikan Umno kekal menjadi pilihan majority rakyat di Negara ini.
 
"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat.
 
"Inilah yg paling penting sekali, kerana Kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi jugak dalam pilihan raya sekali.
 
"Kita harap Umno ini sebagai parti yang diterima rakyat. Jadi bila Umno nak diterima oleh rakyat bererti bahawa kita mesti mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang disenangi oleh rakyat.
 
"Jadi proses pemilihan dalam parti diharap dapat melontarkan (menonjolkan) mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif di kalangan rakyat,” katanya lagi.
 
Bab yang menang pilihan raya ini mungkin Ketam boleh faham..Tapi satu benda yang Ketam sikit confuse adalah macam mana kalau pemimpin tu kalah dalam PRU12 dan tak bertanding dalam PRU13, macam mana kiranya tu Datuk Seri?
 
Apakah kenyataan Najib ini sebenarnya merupakan hint beliau kepada penyandang Ketua Wanita Umno ketika ini, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya bagi jalan pada individu lain memegang jawatan tersebut? Apatah lagi dengan skandal NFC yang sedikit sebanyak menjejaskan imej Umno, mungkin Najib mahukan individu lain memegang jawatan tersebut sebagai usaha untuk melakukan damage control? Apakah sebenarnya Shahrizat sediri menyedari perkara tersebut lantas tidak hairan mengapa kelibatnya tidak kelihatan pada sidang media itu yang dihadiri kebanyakan pemimpin tertinggi Umno?
 
Ini semua hanyalah sekadar andaian-andaian yang saja dibangkitkan Ketam..bikin panas orang kata menjelang pemilihan tak lama lagi. Apapun jika berkesempatan Ketam akan mengulas lebih lanjut lagi mengenai pemilihan ini yang pastinya akan panas panas panas…kekeke…
 
Adios!!!
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...