Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, March 21, 2013

Video China Doll: Anwar didakwa cuba beli Eskay




Ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah ditawarkan imbuhan lumayan oleh pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik dakwaan beliau berhubung video seks membabitkan Ketua Pembangkang itu dua tahun lalu, kata Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau memberitahu sebuah sidang akhbar bahawa Eskay tidak hadir bersamanya atas sebab-sebab keselamatan diri.

Tuduhan seks haram oleh Eskay itu pada tahun 2011 berpaksi kepada rakaman video seorang lelaki mirip wajah Anwar melakukan persetubuhan dengan pelacur berkenaan.

Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan dirinya mangsa satu lagi konspirasi Umno.

Eskay sebelum ini mengaku beliau mengatur untuk video itu dirakamkan secara sulit sebelum mendedahkan rakaman itu kepada orang ramai bersama Rahim dan bekas Bendahari PERKASA Shuaib Lazim.

Rahim mendakwa orang suruhan Anwar membuat tawaran kepada Eskay untuk menggugurkan tuduhan itu.

“Eskay telah diekori sebelum dihubungi untuk menerima tawaran itu. Beliau diminta menandatangani kenyataan bersumpah ..mengenai dakwaan sebelum ini. Sebagai balasan beliau (Eskay) akan diberikan wang sebanyak yang dihendaki,” katanya.

Dakwaan Rahim itu adalah kemelut terbaru Anwar yang kini berdepan dengan satu lagi tuduhan seks, kali ini dengan seorang lelaki.

Blog Papagomo menyiarkan beberapa gambar seorang lelaki mirip Anwar berkelakuan ranjang dengan seorang lelaki. Blogger itu berkata beliau akan muat naik rakaman penuh video itu dalam tempoh beberapa jam.

Pagi tadi, peguam Anwar memfailkan saman fitnah terhadap blogger berkenaan.


Sumber




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...