Ramai yang tidak mengambil berat perit jerih yang terpaksa dilalui oleh seseorang pegawai penguatkuasa di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Baik anggota polis, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun penguatkuasa kesihatan, realitinya berbakul-bakul maki hamun dan sumpah seranah yang 'dibekalkan' kepada mereka tatkala melunaskan tanggungjawab dan amanah yang digalas.
Bukan sekadar maki hamun yang 'disedekahkan' kepada mereka-mereka ini sebenarnya. Dalam sesetengah insiden seperti yang dilaporkan media dewasa ini, ianya hingga ke tahap mengancam keselamatan bukan sahaja seseorang pegawai itu, bahkan sehingga ke tahap melibatkan ancaman terhadap ahli keluarga mereka juga.
Tidak terlepas berhadapan situasi yang sama ialah pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).
Dan baru-baru ini di Perak telah diberitakan tentang peristiwa di mana pegawai-pegawai SPAD yang menjalankan rutin pemeriksaan terhadap permit lori telah menerima ugutan serta ancaman daripada pemandu lori yang tidak puas hati dengan tindakan mereka.
Mulanya tidak mengendahkan ancaman yang diberikan kepada mereka, namun akhirnya salah seorang daripada pegawai SPAD yang terlibat membuat keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Pulai setelah menerima ugutan daripada pemandu lori tersebut yang mengekori mereka sehingga ke balai.
Bertindak berdasarkan laporan yang dibuat, dua orang pemandu lori berusia 30 dan 39 tahun telah ditahan pihak polis kerana menghalang pegawai penguatkuasa daripada menjalankan tugas mereka.
Nak pergi buat laporan polis pun penyangak-penyangak dua ekor ni berani follow, cuba bayangkan kalau tiada laporan dibuat.
Orang kata kalau tak salah, buat apa nak cuak..Pegawai SPAD tu cuma buat kerja dia, sampai kena ugut bagai. Nampak sangatlah ada benda salah yang cuba nak disorok ataupun dah terkantoi sebenarnya..tu yang baran semacam..haish..dunia, dunia..
Pelik betul manusia ni..waktu susah mengeluh tak dibantu dan sebagainya..bila dah macam-macam usaha digerakkan untuk bantu, tak nak ikut jalan yang betul pula. Dah tu, orang lain pula yang dipersalahkan. Ini namanya manusia tak reti bersyukur. Sudahnya, ambil ubat duduk dalam lokap..takda masalah cari masalah..
Apapun Ketam ingin tegaskan di sini tindakan pegawai tersebut membuat laporan polis adalah satu tindakan yang tepat. Dan jelas di sini mereka mempunyai tahap profesionalisme yang begitu tinggi dan berdedikasi.
Bayangkan kalau dibiar emosi menguasai diri, pastinya akan menjejaskan imej SPAD yang sedang mekar ketika ini sehingga dicemburui puak-puak 'haram jadah' yang tunggu point je nak bantai SPAD.
Adios!!!
No comments:
Post a Comment