Salam to all..
Pertamanya, Ketam percaya masih tidak terlambat lagi untuk Ketam mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh muslimin dan muslimat sekalian yang membaca posting ini.
Keduanya, sudah agak lama juga sebenarnya Ketam tak update blog ini. Kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini telah mengakibatkan tiada ruang buat Ketam untuk melampiaskan buah fikir yang orang tak heran pon sebenarnya di blog ini.
Mungkin ada yang sudah mengetahuinya..tapi buat yang belum, Ketam sekarang ini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan menerusi internet. Ikut sunnah nabi berniaga kata orang. Bisnes ini dimulakan sekitar dua bulan yang lalu dan sambutan terhadapnya setakat ini Alhamdulillah. Pada sesiapa yang berhajat untuk membeli powerbank, bolehlah roger Ketam kat ruangan komen ya. Insyaallah Ketam akan cuba memberikan servis yang terbaik pada anda. Untuk rujukan antara model powerbank yang Ketam tawarkan, klik sini
Sejak memulakan bisnes ini, Ketam tak menolak kewujudan sesetengah pihak yang memandang rendah salah satu sumber rezeki Ketam ini. Tidak kurang juga yang menempelak dan memerli. Tapi semuanya Ketam buat pekakkan telinga dan butakan mata je.
Namun suka untuk Ketam kongsikan di sini ialah sesungguhnya Ketam amat bersyukur kerana digerakkan hati oleh Allah swt untuk bergiat dalam lapangan ini. Dalam tempoh dua bulan ini, hasil yang Ketam dapat daripadanya bukan sahaja berbentuk wang ringgit, tetapi sesuatu yang pada Ketam lebih bermakna dan berfaedah.
Apa yang Ketam dapat daripada bisnes ini selain menambah hasil pendapatan? Ketam akan sedaya-upaya menulisnya dalam konteks yang mudah difahami. Pertama, klise sikit mungkin pada sesetengah orang, tapi sebagai seorang penulis/wartawan poyo, Ketam sememangnya suka bergaul dengan orang ramai. Dengan pergaulan inilah sebenarnya kita akan lebih memahami diri sendiri dan masyarakat serta budaya kita berdasarkan pemerhatian terhadap gelagat orang-orang di sekeliling kita. Dan bisnes ini membuka ruang buat Ketam untuk berjumpa dengan lebih ramai orang selain menambah kenalan. Interaksi di antara orang-orang yang ditemui dengan Ketam si wartawan dan Ketam si penjual powerbank juga berbeza. Secara tidak langsung, ia juga membantu meluaskan lagi pemikiran Ketam tentang apa yang berlaku di sekeliling.
Selain itu, ia juga telah membuka mata Ketam tentang bagaimana adanya di kalangan masyarakat kita hari ini yang sanggup untuk melakukan apa sahaja di dalam mendapatkan apa yang dihajatinya termasuklah untuk menipu. Terang-terang menipu, tapi muka buat relax je macam takda salah.
Sebagai contoh, untuk melariskan jualan Ketam ada membuat promosi khusus buat golongan mahasiswa serta para pelajar di mana harga yang diberikan kepada mereka ini sedikit murah berbanding harga yang Ketam tawarkan di pasaran. Sambutan terhadap kempen promosi ini begitu baik sekali..Alhamdulillah. Tapi yang tak bestnya adalah bila mana ada individu-individu yang tanpa segan silu mengaku student semata-mata untuk mendapat diskaun yang takdalah banyak mana sangat pun. Lagi tak boleh blah, ada yang Ketam tak payah tanya sendiri mengaku bukan student. Dan Ketam, pasal da berjanji sebelum jumpa nak kasi harga student, redha je lah tengok gelagat-gelagat individu-individu seMelayu dengan Ketam ni.
Cakap pasal Melayu ni, Ketam nak maklumkan di sini bahawa setakat ini customer yang berurusan dengan Ketam 100% adalah Melayu. Secara tidak langsung ianya memberikan Ketam first hand experience berurusniaga dengan rakan sebangsa Ketam ini seteah selama ini Ketam hanya mendengarnya dari rakan-rakan (juga sebangsa) yang telah lebih awal berniaga.
Orang Melayu ni senang untuk Ketam simpulkan sebagai ramai yang tak ‘ukur baju badan sendiri’. Ini penjelasan Ketam mengenainya. Rata-rata (tak semua) yang Ketam temui (selain penyamar) begitu menitik beratkan aspek kualiti sebelum membuat pembelian. Macam-macam soalan yang ditanyakan yang mana kadang-kadang bila kita dah jawab, respon dia macam kita ni menipu pula. Takpa, sabar..customers always right kan (pui!)
Ok..pentingkan kualiti tu da bagus, masalahnya mereka ni nak kualiti tapi pada harga murah..Dan bila kita dah turutkan, dituduhnya pula barang kita tak original lah, itu lah, ini lah..Kadang-kadang (in fact da terbuat sekali) nak juga cakap ‘brader, lu nak murah gua da kasi murah..bila gua kasi murah lu cakap macam-macam lak’.
Satu lagi yang Ketam nak kongsi, pembeli Melayu berlagak (termasuk berlagak pandai). Muka nak ketat habis je tengok kita sambil tanya soalan-soalan berkisar ‘berkualiti ke tak’ ala-ala pengerusi persatuan pengguna konon-konon kita ni menipu. Usha punya usha, sambil pandang rendah sikit kat kita time tanya soalan-soalan darjah tiga punya tahap, last-last beli yang cap ayam punya gak..aiyoo..macam-macam perangai.
Berbalik pada cerita menyamar tadi, rupa-rupanya orang kita ni bukan setakat pandai menyamar je, menyamun pon hebat. Tapi ni takda kena-mengena dengan bisnes powerbank Ketam. Ceritanya, baru-baru ni Ketam ada terbaca mengenai kenyataan Pengurus Besar Unit Penguatkuasaan SPAD, Mejar (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad yang menasihatkan pemandu teksi dan orang ramai supaya berhati-hati kerana sejak sebulan lalu teah berlaku kes pasangan lelaki dan wanita menyamar sebagai pegawai pengkuatkuasa.
Berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, Che Hasni di dalam kenyataan tersebut memberitahu yang pasangan itu telah menyamar sebagai pegawai pengkuatkuasa SPAD untuk memeras ugut pemandu teksi.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai khususnya pemandu-pemandu teksi untuk meneliti kad kuasa yang digunakan pegawai penguatkuasa sekiranya ditahan.
“Saya mahu memaklumkan kita sudah ada empat kes penyamaran sebagai pegawai SPAD oleh satu pasangan lelaki dan wanita. Sehubungan itu saya mahu pemandu teksi dan rakyat supaya berhati-hati.
“Pegawai SPAD apabila bertugas akan menunjukkan kad kuasanya. Maka pemandu perlu tengok betul-betul kad kuasa itu. Ia mesti mempunyai nama, gambar dan nombor siri pegawai. Kalau boleh, sila catatkan nombor siri itu. Kadang-kadang penyamar ini hanya tunjuk sekali imbas kad kosong. Jadi, pemandu teksi harus berhati-hati,” beliau dipetik sebagai berkata.
Jadinya, apa lagi yang nak dikata? Lu pikir lah sendiri!!
Adios!!!
No comments:
Post a Comment