Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, May 25, 2013

PRU13 - Apa Yang Pakatan Rakyat Mati-mati Tak Mahu Kita Tahu



Isu penyelewengan dan ketidaktelusan pilihanraya di negara ini memang tidak akan habis selagi Pakatan Rakyat (Pakatan) bergelar pembangkang di Dewan Rakyat. Maksudnya, selagi sistem demokrasi itu segar dan diamalkan di Malaysia, sampai kiamat lah nampaknya kita, rakyat di negara ini, kena melayan kerenah puak haram jadah ni.

Dan disebabkan menyedari peluang mereka untuk memegang tampuk kuasa itu amat tipis sekali melalui proses demokrasi berperlembagaan bermodelkan Westminster di Malaysia ini, maka tidak hairan mengapa mereka kini giat berusaha menghasut rakyat supaya ‘membantu’ mereka di dalam merealisasikan cita-cita gila kuasa mereka.

Samada kita sedar atau tidak, lewat beberapa tahun ini sentimen membenci kerajaan begitu giat sekali disebarkan orang-orang kanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Strategi menghasut yang diterapkan unsur-unsur kebencian dijaja di ceramah-caramah anjuran mereka begitu berleluasa sekali tanpa kawalan. Tanggapan-tanggapan liar, persepsi-persepsi negatif, begitu lunak sekali didendangkan kepada penyokong-penyokong yang ibarat terpukau dengan ‘zarah-zarah’ bunyi yang mengetuk gegendang telinga mereka.

Di sini mungkin terletaknya kesilapan kerajaan, terlampau mengambil ringan perkara ini sehingga kesannya ramai yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang mereka terima. Dan saat mula tersedar, sayangnya ‘counter attack’ yang dilakukan tidak begitu efisien lagi memandangkan sudah terlambat kerana kebanyakan orang telah sebati dengan apa yang disampaikan kepada mereka oleh pembangkang.

Berbalik kepada soal demokrasi tadi dan penyelewengan yang dikatakan berlaku terutamanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang berlangsung 5 Mei lalu. Seperti yang kita semua ketahui, PRU13 yang baru sahaja berlalu menyaksikan Pakatan telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka untuk kali yang ke-13 berturut-turut. Satu rekod yang bukan calang-calang yang mungkin tidak ada mana-mana organisasi lain di dunia ini yang mampu dibandingkan dengan mereka.

Dan walaupun berjaya maintain status mereka sebagai pembangkang, namun ‘sikap rendah diri’ yang sememangnya sinonim dengan puak ini tidak dapat disangkal lagi apabila rela untuk tidak diiktiraf dengan gelaran tersebut sehingga ‘memaksa-maksa’ bermati-matian untuk menolaknya. Takut dilihat takbur mungkin. Sungguh terpuji sifat mereka ini.

Ok serius!! Untuk Pakatan menang pilihanraya, adalah mustahil sekali. Perkara ini sebenarnya disedari oleh pemimpin-pemimpin ‘Pakatan Longgar’ itu sendiri. Satu-satunya cara yang ada, yang boleh dianggap sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi kerajaan adalah melalui proses menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Tak kira cara apa, asalkan BN dapat digulingkan samada melalui protes jalanan, rusuhan, piket, sehinggakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara turut dijadikan apparatus mereka untuk memburukkan imej tanahair tercinta kita ini.

Bermacam-macam tuduhan dikemukakan terhadap kerajaan dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Fitnah melalui pelbagai cara turut dijadikan kaedah untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Maklumat-maklumat palsu didedah dan disebar secara berleluasa kepada orang ramai tanpa ada pemerhatian yang serius oleh pihak berwajib. Lantas, tercetuslah situasi ‘tak senang perut’ kebanyakan rakyat di negara ini sekarang. Tak aman..takut tercetusnya kehuru-haraan pada bila-bila masa.

Memandangkan untuk sekian lama ini kita hanya dipersembahkan puak-puak meroyan ini tentang apa yang mereka ingin kita sedar sahaja, apa kata kali ini kita tengok apa pula yang mereka tak sanggup kita tahu ataupun sedar ataupun nak kita lupakan. Berikut adalah beberapa yang sempat Ketam senaraikan…

Senarai Perkara Yang Sampai Mati Pakatan Tak Nak Kita Tahu/Sedar/Ingat Berhubung PRU13:

1. Sikap Double Standard pemimpin Pakatan
Pilihanraya adalah medan untuk rakyat memilih wakil mereka. Dan setiap kali pilihanraya, tidak kira samada pilihanraya umum ataupun kecil telah menyaksikan rakyat telahpun membuat keputusan. TAPI SEDARKAH ANDA, hanya Pakatan sahaja yang berhak menentukan siapa yang menang atau kalah! Buktinya adalah puak ini slumber sahaja mengenepikan pilihan rakyat dan menolak keputusan pilihanraya sekiranya calon mereka kalah.

Pilihanraya kecil misalnya, tidak akan timbul kisah pengundi hantu dan sebagainya di kawasan yang mereka menang. Tapi kawasan yang kalah, mentah-mentah mereka tidak iktiraf ada hantulah, setanlah, jinlah, abah dialah. Perkara ini dapat kita saksikan sepanjang penggal ke-12 yang lalu di mana telah berlangsungnya pilihanraya kecil sebanyak 16 kali yang mana dimenangi oleh Pakatan sebanyak lapan pilihanraya kecil.

Ini satu budaya double standard yang sungguh tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

2. Kedudukan Yang Dipertuan Agung
SPR, sebuah suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan terhadap proses demokrasi di negara ini, juga boleh diibaratkan sebagai ‘punching bag’ kepada puak Pakatan. Jika musuh-musuh dari parti politik BN menerima serangan ikut musim, namun buat SPR serangan terhadap mereka berlangsung sepanjang tahun. Pemimpin-pemimpin Pakatan ni boleh dikatakan bangun dari tidur je terus cari salah SPR. Maklumlah..meroyan..

TAPI TAHUKAH ANDA, menpertikaikan ketelusan SPR adalah ibarat mencabar kedudukan dan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong. SPR sebagai sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia, keanggotaannya adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

3. Undi Popular
Selepas keputusan rasmi PRU13 diumumkan, Pakatan tanpa berlengah lagi mula menyebarkan dakyah-dakyah untuk ‘cover line’ kekalahan mereka dengan memainkan isu undi popular. Fakta mengenai undi popular diselewengkan kepada penyokong-penyokong sehingga timbulnya salah faham. Maklumat dari macam-macam sumber dikemukakan untuk menguatkan hujah yang merekalah lebih popular dalam PRU13.

TAPI YANG MEREKA TAK NAK KITA TAHU ialah USA dan Britain adalah antara negara yang turut mengguna pakai kaedah yang sama dengan Malaysia dalam pilihanraya iaitu sistem 'first pass the post'.

Di USA, Pemilihan untuk Kongres, samada Senator atau House of Representative, mereka mengaplikasikan format first pass the post ini. Begitu juga di Britain yang sudah  beratus tahun mengamalkan proses demokrasi, mereka mengamalkan sistem first pass the post, perwakilan mewakili bahagian pilihanraya yang mana satu bahagian pilihanraya adalah bersamaan satu kerusi.

4. Sistem pemilihan DUN dan Parlimen, SAMA
Pilihanraya di negara ini menyaksikan pengundi memilih calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat. Sistem first pass the post yang dijadikan format pilihanraya bermaksud untuk peringkat negeri, mana-mana pihak yang mendapat kerusi DUN terbanyak di sesebuah negeri akan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan di negeri tersebut. Sebagai contoh, Pakatan pada PRU13 telah berjaya membentuk kerajaan di tiga buah negeri yang mana antara negeri yang dimenangi mereka ini telah muncul sebagai yang terawal mengadakan sesi angkat sumpah. Ia menandakan mereka mengiktiraf keputusan pilihanraya di negeri tersebut selain mungkin mereka yakin dengan ketelusan SPR.

APA YANG PAKATAN NAK KITA TERUS LUPA ialah format yang sama turut diterapkan di Dewan Rakyat iaitu mana-mana pihak yang mendapat kerusi terbanyak akan mendapat mandat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. BN pada PRU13 telah berjaya membentuk kerajaan persekutuan setelah memenangi 133 kerusi. Namun begitu keputusan ini dipertikaikan oleh Pakatan dengan dakwaan terdapat begitu banyak penyelewengan. Lampu padam, dakwat kekal tak kekal, pengundi Bangla, antara perkara yang dibangkitkan oleh puak meroyan ini. Persoalannya, apakah untuk pertandingan di negeri yang dimenangi mereka itu juga SPR sebenarnya tidak telus?

5. Perubahan Yang Dilakukan SPR Berdasarkan Persetujuan Parlimen
Saban hari kita mendengar keluh-kesah pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengan pelbagai pelaksanaan-pelaksanaan perkara baru ke arah penambahbaikan sistem pilihanraya oleh SPR.

APA YANG TIDAK DIKELUH-KESAHKAN mereka ialah pelaksanaan perubahan yang dilakukan SPR adalah atas persetujuan Parlimen yang mana wakil Pakatan, ataupun mungkin individu-individu yang mengeluh ini sendiri, merupakan ahlinya. Melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC - Yang turut diwakili ahli parlimen Pakatan),  22 syor telah dikemukakan dan kesemua syor ini telah diluluskan di Parlimen dan ada diantaranya telah dilaksanakan pada PRU13 seperti penggunaaan dakwat kekal, pemansuhan undi pos dan rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan untuk mengundi.

6. Dakwat Kekal Tak Kekal
Heboh diperkatakan satu Malaya mengenai dakwat kekal yang tidak kekal digunakan oleh SPR pada pilihanraya lalu. Syarat yang pertama kali dilaksanakan itu mungkin adalah modal Pakatan yang paling popular sekali untuk mempertikaikan ketelusan pilihanraya.

TAPI YANG TAK MUNGKIN PAKATAN BERITAHU KITA ialah calitan dakwat kekal di jari ini sebenarnya cuma elemen tambahan sahaja di dalam memastikan tidak berlakunya pengundian dua kali ataupun pengundi hantu. Yang menjadi elemen utama mengelakkan proses mengundi dua kali adalah daftar pemilih..apabila seseorang itu  mengundi, namanya telah dipotong di daftar pemilih yang digunakan oleh SPR di tempat mengundi yang turut dipantau oleh agen parti.

7. Daftar Pemilih Tidak Bersih
Antara yang turut diberitahu kepada kita adalah mengenai sistem daftar pemilih SPR yang boleh dipertikaikan. Dakwa mereka, ada sesetengah kawasan menyaksikan pertambahan pengundi yang begitu signifikan sehingga menimbulkan keraguan. Untuk itu mereka percaya wujud konspirasi meletakkan pengundi-pengundi hantu di beberapa kawasan untuk memberikan kemenangan kepada BN.

TAPI YANG DISOROK DARI PENGETAHUAN KITA adalah SPR telah membelanjakan hampir RM6 juta di dalam membangunkan applikasi sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun. Justeru adalah mustahil bukan warganegara dapat mendaftar melalui sistem pendaftaran pemilih yang canggih dibangunkan SPR ini yang mana setiap pendaftaran baru akan disemak terus secara online ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengesahkan status kewarganegaraan pemohon.

8. 'Sukarelawan' Pemeriksa i/c
Seperti yang disebarkan samada melalui video youtube mahupun status-status di facebook atau twitter, kita dapat melihat bagaimana 'efisien' 'petugas-petugas' sukarelawan yang berada di pusat-pusat mengundi melaksanakan tanggungjawab mereka memeriksa kad pengenalan individu-individu yang dicurigai status kewarganegaraan mereka. Pelbagai ujian lisan turut diadakan seperti ujian menyanyikan lagu negaraku bagi membuktikan pemilik kad pengenalan itu benar-benar rakyat Malaysia dan merupakan pengundi yang sah. Kesannya, ramai 'jejaka-jejaka' 'berwajah hindustan' telah dinafikan hak mereka untuk mengundi memandangkan kad pengenalan mereka berada di tangan 'pengawas' pilihanraya sukarela.

APA YANG RAMAI TAK TAHU ialah undang-undang akta kesalahan pilihanraya tidak membenarkan sesiapa daripada menyekat ataupun menghalang seseorang yang merupakan pemilih berdaftar daripada menjalankan kewajipan mereka di dalam mengundi. Hanya pihak polis dan pegawai SPR sahaja yang boleh dibenarkan untuk berbuat demikian berdasarkan kriteria-kriteria atau prosedur-prosedur yang tertentu.

Buat masa ini, setakat ini sahaja yang sempat Ketam kemukakan. Insyaallah kalau ada kelapangan, kita sambung lagi main game 'did you know..' ni lagi ok..huhu..

Adios!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...