Biarpun diasak dengan serangan bertubi-tubi oleh pihak-pihak yang berkepentingan, namun ianya tidak sedikitpun mematikan langkahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di dalam menunaikan tanggungjawab hakikinya terhadap negara dan rakyat.
Sepertimana yang dapat kita saksikan beberapa minggu yang lalu di mana seolah berturut-turut, ibarat sudah berjanji atau lebih tepat lagi sudah dirancang dengan teliti di mana selepas berjaya menyelesaikan kemelut yang dibangkitkan oleh segelintir pemandu teksi berhubung pelaksanaan sistem teksi 2 tier di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), SPAD terpaksa pula berhadapan dengan tekanan daripada persatuan pengusaha bas yang kapitalis berhubung isu menaikkan harga tiket.
Untuk membuktikan yang Ketam bukan sekadar beromong kosong, petang ini bertempat di KL Sentral bakal berlansungnya satu lagi program sebagai manifestasi kepada janji ditepati kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpxHli9OsaFoU4vmXQ_lC0DJV3WZzI5U-B74oKzSjyRZ-IyS2eLOkIERDG8Ed_Yob5HMIkHuFg4x7EtBJjspM6NL6fSievQkvfguZCnD_rWi5cD9ljzvDkNbj8a40CNhKtnbvbirT7VOY/s1600/najib+doa+sabah.jpg)
Tidak sekadar itu, mereka juga menjadi kumpulan pertama yang menerima geran bernilai RM5,000 bagi pembelian kenderaan MPV Proton Exora untuk digunakan sebagai ‘jentera’ cari makan mereka.
Dan susulan daripada itu juga, petang ini pada majlis yang sama Perdana Menteri bakal melancarkan model baru apa yang dinamakan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) di jalanraya dan menyerahkan kunci replika kepada 5 pemandu teksi di foyer SME Corp.
Untuk itu sama-samalah kita nantikan bagaimana bentuknya teksi tersebut yang mana Ketam begitu pasti ianya akan meningkatkan lagi imej Malaysia di kalangan pelancong-pelancong asing.
Adios!!
No comments:
Post a Comment