Oleh Siti Sofia Md Nasir
Tindakan DAP mengumumkan 'Deklarasi Gelang Patah' yang mengandungi 14 perkara kononnya untuk meningkatkan mutu kehidupan kaum India, hanyalah tindak balas kepada pertemuan positif Pertubuhan Hindraf Makkal Sakthi (Hindraf) bersama Perdana Menteri baru-baru ini.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata deklarasi itu mencerminkan bertapa DAP gerun dengan ugutan Hindraf untuk menarik balik sokongan kepada Pakatan Rakyat lantaran kegagalan gagasan itu membela nasib mereka sejak tahun 2008.
"Saya melihat apa yang disebut Lim Kit Siang sebagai satu rentetan hasil pertemuan Perdana Menteri dengan Hindraf.
Hindraf sebelum ini menyatakan rasa kecewanya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana keenggannya untuk menandatangani perjanjian membela nasib kaum India di negara ini.
Hindraf kemudiannya mengambil keputusan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan perjumpaan itu sebagai berjaya.
Mengulas lanjut, Martadha berkata deklarasi itu dilihat tidak relevan berikutan ia tidak mendapat 'restu' dua lagi rakan sekutunya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Justeru katanya deklarasi tersebut tidak lebih daripada agenda DAP sendiri untuk meraih undi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
"Saya kira ini adalah tindakan DAP sendiri. Ia merupakan tindakan peribadi dan personal rentetan pertemuan Perdana Menteri.
"Sebenarnya deklarasi itu belum ada persetujuan dalam Pakatan jadi mungkin deklasrasi ini merupakan satu tindakan susulan dan bukannya perjanjian yang dipersetujui Pakatan.
"Saya kira ia merupakan perkara yang sangat sukar kerana ini hanya tindakan susulan yang tidak dimasukkan dalam manifesto," katanya.
DAP semalam melancarkan 'Deklarasi Gelang Patah' yang mengandungi 14 perkara untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini.
Untuk intipati deklarasi itu, sila rujuk sini
No comments:
Post a Comment