Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, April 25, 2013

Hapus dosa dengan hanya menjadi ahli PAS?




Oleh Zainal Salleh

ULASAN Kini ada kecenderungan baru dalam politik Malaysia. Jika seseorang itu mahu menghapus dosa dan keterlanjurannya, maka bergabunglah dengan pergerakan politik yang baik-baik dan berjiwa Islam.

Secara mudahnya sertailah PAS. Tidak kira seseorang itu dari latar belakang apa sekali pun, PAS akan sentiasa bersedia untuk membantu membersihkan nama dan langsung menerima “taubat” mereka.

PAS medan penghapus dosa

Malah PAS sentiasa teruja untuk menerima personaliti masyarakat seperti artis, tokoh korporat selain ahli politik untuk meluahkan rasa berdosa dan memberi peluang mereka untuk berkongsi pengalaman buruk agar menjadi teladan pada orang lain.

Maka berduyunlah artis seperti pelakon, penyanyi dan juga pemuzik yang rasa lega apabila dapat membersihkan diri melalui cara taubat ekspres ini. Malah ada yang segera diangkat untuk bersyarah, berpidato dan menjadi jurubicara golongan yang sudah “suci dari dosa ini”.

Peluang ini terbuka kepada semua. Maka ramailah tokoh-tokoh korporat, penjawat awam, pegawai tentera dan polis yang memilih jalan pintas untuk menjadi orang baik-baik.



Syarat taubat dalam Islam mudah

Sememangnya bertaubat itu baik. Dan, setiap muslim harus diberi peluang memperbaiki diri. Namun untuk menjadi orang lebih baik, bertaubat ada syarat-syaratnya.

Syarat taubat dalam Islam mudah. Pertama, perlulah seseorang yang berdosa itu menyesali perbuatannya dan yang kedua ia mestilah berazam untuk tidak mengulangi tindakan yang dimurkai.

Selain itu faktor ketiga yang tidak kurang pentingnya dalam taubat seseorang itu ialah, ia mesti dilakukan dengan tulus ikhlas. Maksudnya, tiada motif lain yang hendak dicapai selain redha dan pengampunan Allah S.W.T jauh sekali untuk mencari publisiti.

Taubat tidak perlu perantara

Namun bagi yang berdosa kepada makhluk atau manusia lain, ia tiada pilihan kecuali mendapatkan keampunan daripada pihak yang disakiti.

Taubat tidak perlu perantara. Ia adalah perihal komunikasi di antara insan dan khaliqnya. Atau, di antara insan dengan orang yang dianiayainya.

Ini amat berbeza dengan fahaman Kristian yang mengizinkan rahib atau paderi yang boleh membantu memberi pengampunan selepas proses seseorang itu membuat pengakuan akan silap dan dosanya.

Ahli politik Malaysia jarang amalkan konsep taubat

Dalam konteks politik Malaysia konsep taubat kurang diamalkan. Apabila bersaing di antara parti pelbagai tohmahan dan penganiayaan dilakukan terhadap lawannya.

Fitnah, menghina dan juga menganiaya jadi lumrah dikalangan ahli-ahli politik pelbagai parti. Yang nyata ialah, amat jarang seseorang ahli politik itu memuji atau menyokong pesaingnya. Yang lebih kerap ialah maki hamun, sinis dan perli.

Lazimnya apabila gagal mendapat tempat dalam sesebuah parti maka ahli politik yang mengaku Islam ini akan berpindah atau berhijrah ke parti saingan. Apabila ini berlaku segala caci maki yang dihambur terhadap lawan bertukar menjadi pujian.

Ketika memanjat tangga kuasa dalam Umno misalnya, PAS dilihat dan digemburkan sebagai parti jahil, kolot dan keliru. Namun apabila kerjaya politik menemui jalan buntu di dalam partinya, sikap terbuka PAS amat melegakan.

Ketelusan taubat tak penting bagi PAS ?

Memang menerima dan menggalakkan insan lain insaf dan bertaubat digalakkan Islam. Namun bagaimana mengesahkan bahawa taubat seseorang itu tulus?


Sambung baca




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...