Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, May 21, 2013

Beli Rumah Agam Hasil Jualan Video Seks Sendiri



Dalam sekelip mata hidup bintang realiti, Farrah Abraham, 21, tiba-tiba berubah menjadi jutawan. Segalanya bermula apabila video seksnya bersama aktor filem porno, James Deen mendapat kontrak dari syarikat pembekal filem porno terkenal, Vivid Entertainment.

Baru-baru ini Farrah dikhabarkan telah berkunjung sebuah syarikat perumahan untuk menempah sebuah rumah mewah.
 
Difahamkan rumah agam tersebut terletak di kawasan The Oaks, Calabasas - kawasan komuniti elit yang turut didiami oleh bintang kelas A Hollywood seperti Kourtney Kardashian, Travis Barker, Romeo, Keyshawn Johnson dan Shanna Moakler.

Malah dengarnya rumah agam bintang porno yang popular menerusi program Teen Mom itu terletak berdekatan dengan rumah agam milik bintang remaja, Justin Bieber.

Menurut TMZ.com, rumah bernilai 3,299,900 USD (kira-kira RM9,945,896) itu mempunyai keluasan 4,851 kaki persegi dengan 5 bilik tidur serba lengkap dan mewah juga 6 bilik mandi. Selain ia turut dilengkapi dapur serba moden, gelanggang tennis dan gelanggang bola keranjang.


- mD



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...