Bantahan puak meroyan kalah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang berlangsung 5 Mei lalu semakin rancak nampaknya. Dan hari ini bakal berlansungnya satu lagi siri himpunan golongan-golongan yang tidak dapat menerima takdir, tidak dapat menerima hakikat, tidak berpijak di bumi yang nyata, tidak sanggup menerima kekalahan mereka pada pilihanraya itu.
Tak habis-habis menyelewengkan fakta konon mereka kalah disebabkan sistem ataupun proses pelaksanaan demokrasi di negara ini begitu korup sekali. Malah, pegangan ini sudah diterapkan di dalam benak penyokong-penyokong mereka lama sebelum pilihanraya lagi. Makanya, atas kepercayaan tersebut tak hairan jika ramailah rakyat yang setia berbondong-bondong ke Amcorp Mall meraikan diri mereka ditipu bulat-bulat oleh si meroyan yang diangkat sebagai pemimpin mereka.
Anehnya, kalau sudah dikatakan sistem itu korup mereka masih sudi untuk turut bertanding juga dalam PRU13. Anehnya lagi, mereka berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri.
Bertambah aneh lagi, antara negeri yang mereka menang itulah paling awal sekali mengadakan sesi mengangkat sumpah selepas pilihanraya. Aneh..aneh..aneh..
Tidak sekadar aneh, pendirian mereka ini juga sebenarnya menimbulkan persoalan. Apakah pendirian mereka, pilihanraya Malaysia tidak telus, juga valid di negeri-negeri yang mereka telah menangi? Apakah himpunan hari ini serta himpunan-himpunan sebelum ini, turut mengaspirasikan ketidaktelusan proses pilihanraya di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?
Ataupun, adakah ketidaktelusan yang dikatakan itu hanya berlaku pada pertandingan-pertandingan untuk kerusi Parlimen sahaja?
Itu persoalan dari satu konteks. Jika melihat konteks yang lainnya, persoalan yang timbul pula adalah mengapa terdapatnya kawasan-kawasan yang mereka menang, wujud pendedahan aktiviti penyelewengan? Di Kuantan misalnya..
Kita lihat pula persoalan dari konteks ini. Isu ‘blackout’ misalnya, bukankah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak berlaku insiden terputus bekalan tenaga pada hari pengundian? Apakah tidak disedari tentang penafian insiden itu oleh seorang wartawan yang berada di lokasi kononnya insiden itu berlaku? Calon yang bertanding juga sudah menafikannya bukan? Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengeluarkan kenyataan penafian siap dengan hujah-hujah yang menunjukkan unsur-unsur penipuan pihak yang menyebarkan cerita mengenainya. Tak tahukah?

Dan ibaratnya rancangan realiti yang popular sedikit masa dahulu, Akademi Fantasia, rancangan yang pemenangnya dipilih melalui populariti peserta berdasarkan undian penonton, bukan kesemua pemenangnya setiap musim itu yang benar-benar berbakat. Sebaliknya menjadi juara kerana mungkin ada sedikit rupa berbanding peserta lain ataupun ‘publisiti’ peserta itu ‘lebih’ sikit.
Soal ini juga Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sudah naik berbuih mulut nak fahamkan orang ramai. Tapi malangnya yang sang meroyan punya kata-kata jugak yang orang nak dengar. Maklumlah, ‘popular’…
Sebab itu katanya Amerika Syarikat pun tidak pakai sistem undi popular..Amerika, seperti Malaysia, menggunapakai sistem ‘first pass the post’ melainkan pilihanraya Presiden sahaja.
Pemilihan untuk Kongres Amerika, samada Senator atau House of Representative, mereka pakai ‘first pass the post’ ini.
Britain juga sudah beratus tahun mengamalkan proses demokrasi berasaskan first pass the post, iaitu perwakilan mewakili bahagian pilihanraya, satu bahagian pilihanraya adalah bersamaan satu kerusi.
Lihat video untuk penerangan Datuk Wan tentang undi popular ini.
Dan seperti yang dibangkitkan tadi, kalau tak puas hati dengan kaedah ini mengapa mereka tetap menyertai pilihanraya? Apa yang Ketam perhatikan, puak-puak ini sebenarnya sengaja menyelewengkan perkara sebenar dari pengetahuan penyokong selain cuba meletakkan kesalahan kekalahan mereka di bahu orang lain.
Kalau sistem ini korup sangat, mereka tidak seharusnya lupa bahawa sistem yang sama jugalah yang digunakan di negeri-negeri yang dimenangi pada pilihanraya lalu.
Dan seperti kata Datuk Wan, amatlah malang sekali apabila anak-anak muda yang tak faham mengenai perkara ini terus membiarkan fikiran mereka diracuni dengan maklumat yang palsu dan penuh dengan fitnah.
Adios!
No comments:
Post a Comment