Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, April 18, 2013

PRU13 - Rangkuman Isi Penting Aku Janji BN Selangor





Antara perkara utama manifesto yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah:

MASA DEPAN LEBIH CERAH

  • Bantuan Sara Hidup tambahan sebanyak RM 250 kepada golongan miskin, ibu tunggal dan OKU.
  • Memperluaskan khidmat Klinik Rakyat 1Malaysia.
  • Menyemak dan menurunkan cukai pintu, tanah dan perniagaan yang membebankan rakyat yang dinaikkan oleh kerajaan pakatan pembangkang.
  • Menghapuskan cukai pintu untuk penduduk berpendapatan isi rumah di bawah RM 2000.
  • Bas ulang-alik percuma menghubungkan taman-taman perumahan dengan stesen pengangkutan awam KTM Komuter, LRT dan MRT.
  • Bantuan Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM 80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM 150 untuk pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah.
  • Kupon pengangkutan percuma ke sekolah untuk pelajar-pelajar yang tinggal jauh di pendalaman Selangor.

MASYARAKAT LEBIH PRIHATIN LEBIH PENYAYANG
  • Dana khas aktiviti kemasyarakatan kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru bernilai sehingga RM 5,000.
  • Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) berdaftar.
  • Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM 5,000 setahun kepada masjid dan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar.
  • Menyediakan kemudahan taman tema dan pusat rekreasi tempatan bagi kemudahan rakyat terutama golongan yang sudah berkeluarga untuk beriadah dan bersosial secara sihat di setiap daerah.
  • Menyediakan kemudahan WIFI percuma dan pusat jalur lebar komuniti di kawasan-kawasan seluruh Selangor.
  • Membina 5 Krematorium yang sìstematik dan canggih untuk bukan Islam di Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat, Klang dan Hulu Langat.

KUALITI KEHIDUPAN LEBIH SELAMAT DAN SEJAHTERA

1) MENAIKTARAF DAN MENAMBAH BILANGAN PBT:
  • Menambah jumlah PBT daripada 12 kepada 14 untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
  • PBT baru: Majïis Perbandaran Bangi, Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
2) MODEL BANDAR SELAMAT:
  • Mewujudkan 6 Model Bandar Selamat. (Petaling Jaya, Shah Alam, Serdang, Selayang, Ampang, Kajang) dan akan diluaskan konsepnya ke seluruh Selangor menjelang tahun 2020.
  • Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk pencegahan jenayah, keselamatan dan bencaran.
  • Memasang CCTV di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah.
  • Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.

PERUMAHAN LEBIH MAMPU MILIK
  • Mengembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)  dalam menyediakan rumah mampu milik oleh rakyat Selangor.
  • Menyediakan skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  • Membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.
  • Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  • 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
  • 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
  • Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
  • Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
  • Bantuan pemulihan rumah untk rakyat miskin di bawah 1MDB
  • Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma

SELANGOR LEBIH INOVATIF, LEBIH DAYA SAING
  • Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan UNISEL sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor.
  • Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional 
  • Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama 
  • Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM 
  • Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda 
  • Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (Selangor), TR1MS - Tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara online.
  • Meluaskan Kedai Buku 1 Malaysia.
  • Tabung Khas Pendidíkan RM 10 juta untuk anak-anak pekerja ladang dan orang Asli.
  • Meneruskan penubuhan UITM Selangor di Serendah, Hulu Selangor,
 
SELANGOR LEBIH PROGRESIF
  • Mewujudkan zon ekonomi baru 'Selangor Global Logistic Hub' membabitkan kawasan antara Pelabuhan Klang dan KLIA di Sepang, untuk menarik pelaburan asing antarabangsa dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat Selangor.
  • Penubuhan pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurankan karenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri.
  • Skim Mikrokredit Selangor: Dana sehingga RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan.

SELANGOR LEBIH MESRA, ALAM LEBIH BERSIH
  • Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui (renewable energy).
  • Skim Pinjaman Mudah sehingga RM40,000 untuk penduduk yang berminat untuk menyertai program Feed in Tariff menggunakan tenaga solar.
  • Program dan insentif pengurusan tenaga alternative diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien untuk individu, premis perniagaan dan perindustrian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...