Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, April 17, 2013

BN Guna Strategi ‘Lima Lawan Satu’ Gempur Abdul Hadi Di Marang




Barisan Nasional (BN) akan menggempur kubu kuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi ‘lima lawan satu’ bagi menguasai kerusi parlimennya dan empat kerusi dewan undangan negeri (DUN) di situ.

Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga calon B Nuntuk kerusi parlimen itu, berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan terhadap Abdul Hadi di kerusi Parlimen Marang dan juga DUN Rhu Rendang.

“Kami semua akan bersatu menentang Abdul Hadi. Kami bukan sahaja mahu memastikan kemenangan di kerusi masing-masing tetapi juga berusaha mengetepikan pengaruh Abdul Hadi,” katanya.

Kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Redang dianggap ‘kerusi keramat’ Abdul Hadi.

Beliau mula bertanding di kerusi parlimen itu pada 1978 namun kalah dan cubaan keduanya pada 1986 juga gagal.

Nasib Abdul Hadi berubah pada 1990 dan beliau menguasai kerusi itu sehingga 2004 apabila dikalahkan Datuk Abdul Rahman Bakar sebelum menang semula pada 2008.


Sambung Baca



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...