Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, April 15, 2013

PRU13: Pengumuman Calon di Selangor, Dalam Diam PKR Kencing PSM





Tiada apa-apa yang istimewa yang boleh dilihat daripada senarai nama-nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi negeri Selangor yang diumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi. Juga tiada sebarang ‘elemen kejutan’ daripada senarai panjang itu.

Dan kalau adapun, mungkin setakat yang ‘suam-suam kuku’..Itu pun yang terkejut cuma Parti Sosialis Malaysia (PSM) sahaja. Apa kan tidak, PKR yang mempunyai kredibiliti sebagai sebuah parti yang gemar untuk ‘kencing’ rakyat, telah ‘mengkencingkan’ PSM, sebuah parti yang dianggap mereka sebagai ‘parti nyamuk’, apabila melanggar janji untuk menangguhkan dulu pengumuman calon DUN Semenyih, selain Kota Damansara, selewat-lewatnya sehingga malam ini bagi memberi ruang supaya pertelagahan di antara kedua-dua parti itu berhubung calon siapa yang bakal mewakili Pakatan Rakyat dapat diselesaikan.

PKR telah melanggar janji tersebut apabila malam tadi, Anwar Ibrahim ketika pengumuman tersebut, hanya menangguhkan pengumuman untuk kerusi DUN Kota Damasara sahaja sementara bagi DUN Semenyih, beliau telah mengumumkan Hamidi Haasan sebagai calon. Ini tentu sahaja telah membangkitkan kemarahan PSM.

Dalam reaksi segeranya seperti yang dilaporkan media, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan telah menyatakan kekecewaannya terhadap PKR yang telah kencing PSM hidup-hidup..Anwar Ibrahim katanya, telah tidak menepati janji beliau untuk menangguhkan pengumuman calon di Semenyih sehingga perbincangan dengan PSM selesai.

Tindakan PKR itu ujar beliau, secara tidak langsung sebenarnya telah membantu kepada kejayaan Barisan Nasional di kerusi tersebut. Menyifatkan parti kroni dan family Anwar Ibrahim itu sebagai tidak tahu membezakan siapa sekutu dan siapa sebenarnya musuh, tindakan itu katanya sekaligus akan memberikan kesan terhadap perjalanan perbincangan di antara mereka berhubung status kerusi lain yang menjadi pertikaian.

Tidak sukar sebenarnya untuk memahami kekecewaan yang dirasai oleh pimpinan serta penyokong PSM berhubung perkara ini. Senang cakap, ia menunjukkan yang PKR ini seolah-olah tidak respek kedudukan PSM sebagai sebuah parti yang sah. Justeru dengan angkuh mereka memperkotak-katikkan parti ini serta tidak rasa bersalah langsung mengabaikan janji yang dibuatnya sendiri kepada PSM. Tak dapat Ketam bayangkan betapa tebalnya muka Ketam sekiranya berhadapan dengan seseorang yang telah Ketam mungkiri janji. Tapi tidak bagi pemimpin-pemimpin PKR ini..bahkan sejurus pengumuman itu, mereka kelihatannya begitu gembira dan seronok sekali seolah-olahnya pilihanraya sudah dimenangi mereka. Haish..kesian..Belum apa-apa lagi dah meroyan..

Secara umumnya, lima muka baru diperkenalkan sebagai calon mereka untuk peringkat Parlimen di negeri Selangor yang melibatkan kawasan seperti Sabak Bernam yang akan diwakili Dr Aziz Bari, Hulu Selangor diwakili Khalid Jaafar, Kelana Jaya diwakili Wong Chen, Kapar diwakili G Manivannan dan Pandan, Rafizi Ramli.

Dan seperti yang dijangka, penyandang kerusi parlimen Kelana Jaya aka ‘YB Kamera Digital’, Low Gwo Bourne telah digugurkan manakala penyandang kerusi parlimen Kapar S Manikavasagam telah ‘diturunkan pangkat’ sebagai calon kerusi DUN Bukit Melawati.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah ditukarkan ke kerusi DUN Pelabuhan Klang dan tempat beliau di Ijok diganti oleh Dr Idris Ahmad.

*Untuk senarai penuh calon PKR di Selangor, sila klik sini

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan calon parti itu hari ini. Justeru, sama-sama kita nantikan senarai nama-nama yang dianggap sebagai ‘winnable’ itu samada benar-benar winnable ataupun sekadar retorik semata.

Adios!





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...