Tindakan beberapa pemimpin sekutu Pakatan Rakyat mengecam hasrat kumpulan pro pembangkang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi demonstrasi jalanan dan kekerasan secara tidak langsung adalah satu penolakan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berpendapat mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan Anwar serta pemimpin tertentu mengadakan perhimpunan dan protes di stadium sebagai alasan tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jelas bertentangan dengan nilai dan norma demokrasi.
"Pendekatan Anwar guna ini dah lapuk dan jelas bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
"Pemimpin pakatan sebenarnya tolak Anwar, jadi bagi menunjukkan elemen penolakan itu mereka memprotes kepimpinan Anwar secara berhemah apabila tidak mahu terlibat sama dengan Anwar," katanya kepada Bernama.Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berpendapat mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan Anwar serta pemimpin tertentu mengadakan perhimpunan dan protes di stadium sebagai alasan tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jelas bertentangan dengan nilai dan norma demokrasi.
"Pendekatan Anwar guna ini dah lapuk dan jelas bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Umum mengetahui perhimpunan jalanan dan pendekatan anarki, yang sinonim dengan Anwar sejak demonstrasi Baling 1974 dan demonstrasi lain sebelum ini, sebenarnya lebih membawa mudarat dan mencetuskan kekecohan yang merugikan rakyat dan negara.
Md Shukri berkata tindakan Anwar, yang disokong beberapa pemimpin DAP, menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505' menunjukkan mereka tidak menjiwai sistem demokrasi serta tidak menghormati keputusan rakyat pada PRU13 yang berpihak kepada kerajaan BN.
Menyifatkan himpunan itu sebagai lambang 'demo anarki', beliau berkata:
"Anwar tak payah nak teruskan dengan budaya 'barbarian' atau 'robin hood demokrasi' dengan mencuri kuasa daripada kerajaan kemudian bagi kuasa itu kepada rakyat, sedangkan rakyat sendiri tidak beri kuasa kepada dia."
Pada 16 Mei lepas, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh membantah perhimpunan seumpamanya kerana sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa mudarat kepada negara dan mencetus kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.
Sebaliknya, Karpal Singh menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan PRU13.
Sekutu PKR dan DAP, PAS pula menyatakan akan berpegang teguh pada prinsip demokrasi dan tidak akan terlibat dalam sebarang tindakan yang boleh menimbulkan suasana huru-hara dan kacau-bilau di dalam negara ini.
Sebaliknya, Md Shukri berkata Anwar perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan pakatan di beberapa negeri seperti di Perak dan Kedah selain menumpukan usaha memajukan negeri yang dimenangi pakatan pembangkang.
Pada masa sama, katanya, pembangkang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perpecahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana tindakan mereka yang suka menabur fitnah dan spekulasi telah menimbulkan huru-hara kepada masyarakat.
"Pembangkang merupakan ejen paling berkesan memecahbelahkan rakyat kerana sering memainkan isu yang sememangnya sudah termaktub di dalam perlembagaan negara seperti hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
"Pembangkang turut menyalahgunakan amalan demokrasi sebagai elemen perpecahan di mana semua rakyat berhak bersuara sehingga boleh bertindak menggulingkan kerajaan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata tindakan menggulingkan atau cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan merupakan perbuatan bertentangan dengan norma politik Islam.
Sambung
No comments:
Post a Comment