Wah..demam pilihanraya nampaknya semakin menjadi-jadi sekarang ni. Melaratnya demam ini sehingga selebriti-selebriti terkenal tanah air turut terkena tempiasnya. Kalau sebelum ini kita asyik dengar cerita 'artis-artis tak laku' menyatakan sokongan mereka kepada pakatan pembangkang, nampaknya semakin dekat nak pilihanraya ni situasinya berubah pulak. Apa taknya, sejak kebelakangan ini makin ramai pulak 'selebriti-selebriti hot' industri hiburan tempatan yang secara terang-terangan declare sokongan mereka kepada Barisan Nasional.
Lebih gempak lagi, awal-awal pagi ni selebriti yang baru sahaja diisytiharkan sebagai 'Pengacara TV Lelaki Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Datuk Aznil Haji Nawawi telah bikin laman sosial Twitter 'happening' dengan meletakkan logo 'dacing' yang sinonim dengan BN di laman Twitternya
Kelihatan bersemangat 'gelombang biru' pagi ini, Aznil dilihat ceria melayan peminat-peminat yang menyapa beliau di Twitter...
Mungkin ada yang beranggapan Aznil ingin melobi Datuk Seri Najib supaya disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Tapi jangan cepat menilai orang..Ternyata beliau tidak terlintas soal calon sebaliknya ikhlas menyatakan sokongannya kepada parti pemerintah itu. Ini berdasarkan tweetnya kepada seorang peminat di mana beliau menyatakan dirinya tidak berminat untuk menjadi calon.
Steadylah Pak Nil!!Kalau jadi calon pon tak salahlah Pak Nil..Ciri-ciri winnable candidate complete ada kat Pak Nil...huhu...
No comments:
Post a Comment