Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, March 29, 2013

Lahad Datu Bukan Sandiwara: "Kami Tahu Apa Itu Sandiwara" - Shuhaimi Baba




Fenomena artis masuk politik kini bukanlah lagi satu perkara yang asing di negara ini. Apatah lagi sejak Pakatan Rakyat perasan mereka akan jadi kerajaan menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, semakin ramai juga di kalangan para selebriti tempatan yang turut sama ‘terperasan’ kononnya boleh bergelar ‘Yang Berhormat’ agaknya yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Pakatan tak berdaftar ini.

Ya..Betul..Ketam akui itu hak mereka untuk sokong siapa pun yang mereka percaya. Tapi kalau sudah tahap hingga berkempen memberi ceramah segala bagai, apa maknanya? Takda agenda tersiratkah di situ? Plus, pelakon Hairie Othman yang kini berperanan sebagai ‘penarik’ kehadiran orang ramai ke ceramah-ceramah anjuran PAS sendiri mengakui yang beliau dibayar di atas peranannya itu. Walaupun akhirnya beliau ‘kalis’ dengan mengatakan bayaran bukan isu pokok sebaliknya perjuangan yang lebih diutamakan, tapi apa pula halnya dengan kenyataan beliau tentang kalau diberi jawatan itu bonus? Bukankah ia secara tersirat bermaksud yang jauh di sudut hatinya, pelakon filem Leftenan Adnan ini sebenarnya berharap akan diberikan jawatan dalam Parti Islam itu sekiranya beliau menunjukkan sedikit komitmen beliau di dalam membantu kempen parti.

Tak apalah..Itu bukan isu yang Ketam nak ulas sebenarnya..Perkara sebenar yang Ketam tertarik untuk kongsikan di sini masih lagi bersangkut-paut dengan industri hiburan iaitu mengenai luahan pembikin filem tersohor negara, Datuk Paduka Shuhaimi Baba mengenai kekecewaan beliau terhadap landskap politik di negara ini yang dilihat dipenuhi dengan aura kebencian di antara parti pemerintah, Barisan Nasional dengan pembangkang, Pakatan.

Ceritanya, beberapa hari lepas Ketam sempat usha program Wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang membincangkan topik ‘Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi’ di mana Shumi (gelaran Shuhaimi) adalah salah seorang panel selain Presiden Seniman, Zed Zaidi, Bob Lokman dan juga Hairie Othman.

Pada program yang dikendalikan oleh Prof Madya A Razak Mohaideen itu, Shumi dengan serius menyatakan beliau takut melihat kebencian di kalangan politikus-politikus di negara ini. Tidak sekadar itu katanya, sifat kebencian itu juga disemai mereka-mereka ini kepada para penyokong mereka. Ibaratnya menurut beliau, kebencian seolah-olah menguasai landskap politik negara ketika ini. Di sini ujar beliau, golongan artis seharusnya memainkan peranan mereka di dalam meredakan politik kebencian tersebut daripada terus merebak menjadi satu wabak yang sukar dibendung.

11:15 – 11:22
“Peranan artis itu, kalau terlalu banyak kebencian (dalam politik) saya rasa mereka patut masuk bidang ini dan redakan kebencian itu..

9:59 – 10:20
“Pada saya, apa yang kita buat perlu ada integriti..kita perlu ada tanggungjawab untuk redakan kebencian. Apa yang saya tengok sekarang ini politik ini terlalu meracunkan fikiran dengan kebencian tak kiralah artis atau tidak. Kebencian itu menjadi satu tema dalam apa juga yang keluar dalam mulut mereka (ahli politik).

10:21 – 11:02
“Bagi saya artis boleh memainkan peranan dan kembalikan semula keseimbangan itu..seimbangkan, dan kurangkan kebencian, tapi lebih kepada isu-isu yang penting kepada kita, kepada negara kita, kepada individu,” ujar beliau.

Walaupun berpendapat penglibatan golongan artis dalam politik sebagai satu perkara yang positif, beliau bagaimanapun menasihatkan mereka agar tidak dijadikan boneka yang dipergunakan untuk kepentingan parti-parti politik tertentu di dalam mencapai agendanya.

Selain itu Ketam turut tertarik dengan kenyataan kesal pengarah filem Tanda Putera ini berhubung tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mempertikaikan kesahihan pencerobohan Di Lahad Datu oleh lanun-lanun Kiram.

Terkesan dengan kenyataan tersebut memandangkan beliau sendiri mempunyai ahli keluarga dari kalangan anggota keselamatan yang pernah terkorban mempertahankan negara sebelum terjadinya insiden Lahad Datu lagi, beliau dengan sinis menempelak pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut dengan menegaskan bahawa hanya orang TV dan filem sahaja tahu apa itu sandiwara.

11:48 – 12:04
“Pembunuhan polis dan tentera di Lahad Datu, boleh dipanggil sandiwara..Tak tahulah berapa orang di sini, tapi saya ada saudara dalam polis, ada saudara dalam tentera, dan ada yang terkorban sebelum Lahad Datu ini.

12:10 – 12:20
“Dalam bidang ini, kita, orang filem buat sandiwara, orang tv buat sandiwara, bukan tentera yang mati di sana..Itu bukan sandiwara, kami tahu apa itu sandiwara,” tegas beliau dengan nada bengang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...