Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, March 28, 2013

Pemimpin PKR dibanding dengan Nabi, Wajarkah?






Oleh Zainal Salleh

[ULASAN] Memang bijak kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa apabila suhu pilihan raya umum semakin meningkat lebih banyak lagi video seks membabitkan pemimpin partinya akan disebarkan.

Ia menepati strategi pre-emptive (mencegah) untuk menyediakan alasan sebelum menghadapi serangan pihak lawan yang pasti berlaku dan dijangka mampu merosakkan wibawa partinya.

Namun ada sedikit kekurangan dalam pendekatan ini. Alasan yang disediakan awal itu terlalu remeh dan cliché. Ini kerana kesimpulan strategi Saifuddin ini hanya mahu menyatakan segala yang buruk mesti datang daripada Umno.

Saifuddin juga mahu memberi isyarat bahawa PKR sentiasa jadi mangsa taktik kotor Umno. Seolah-olah PKR tidak pernah menggunakan taktik kurang sihat dan kurang mulia terhadap saingan politiknya.


PKR samakan diri dengan Nabi Yusuf, Maryam?

Walhal pada masa yang sama Saifuddin menyanggah hujahnya sendiri. Beliau mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar bukanlah setaraf nabi, ibu atau anak mereka.

“Nabi Yusuf A.S, Maryam dan Aishah R.A. semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah,” kata beliau.

Memanglah lumrah bahawa setiap insan akan diduga dengan pelbagai rupa dan cara kerana itu adalah ketetapan Allah S.W.T:

“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

“Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Pengampun”. (Al-Mulk ayat 1 dan 2).

Teladan dari kes Nabi Yusuf, Maryam dan Siti Aishah

Dalam kes Nabi Yusuf, Maryam dan Siti Aishah, ia adalah untuk teladan. Bahawasanya fitnah seks ke atas mereka adalah untuk mengukur dan mengabsahkan kemuliaan mereka.

Yang lebih utama ialah fitnah seks ke atas mereka ialah cara bagi Allah S.W. memperkenalkan hukum dan kaedah dalam membuat penghakiman bagi sesuatu tuduhan maksiat seperti zina.

Soal perlu ada empat orang saksi yang adil yang melihat sendiri maksiat berlaku dan dilakukan serta pengenalan persoalan qazaf adalah antara matlamat kisah fitnah seks ini dipaparkan dalam Al-Quran.

Nabi Yusuf, Maryam ibu Nabi Isa, dan Siti Aishah isteri Rasulullah serta anak Saidina Abu Bakar adalah orang-orang yang memang sejak sebelum dipalit fitnah sudah diketahui sebagai peribadi mulia.

Mereka pendakwah yang menyebarkan mesej mulus dan tulus mengenai soal tauhid. Mereka bukan ahli politik atau ahli korporat yang sentiasa berfikir bagaimana untuk melemah dan memburukkan pihak lawan.

Pemimpin PKR bukan maksum

Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah bukan maksum. Seperti kata Saifuddin mereka ialah insan biasa yang pasti diuji. Mereka juga berbuat dosa. Doa kita biarlah dosa-dosa yang mereka lakukan hanya dosa kecil sahaja.

Lantas apabila Saifuddin mahu menjadikan mereka sebagai perbandingan dengan peribadi yang disebut Allah S.W.T dalam Al-Quran itu adalah perbuatan yang agak kurang elok.

Ini kerana Saifuddin awal-awal lagi sudah mengheret ummah untuk menyerang pihak musuh politiknya dengan membuat fitnah terhadap mereka. Saifuddin menyalahkan Umno jika ada tuduhan seksual dilemparkan pada pemimpin PKR.

Ahli politik mahu jadi pemimpin. Dalam Islam mengatakan dan membanding-bandingkan peribadi pemimpin dibolehkan kerana rakyat umumnya ada hak untuk meneliti peribadi dan akhlak siapa yang mahu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin mereka.

Perumpamaan Saifuddin sekadar memberi alasan

Lebih eloklah kiranya jika Saifuddin usah menjadikan insan-insan mulia seperti Nabi Yusuf, ibu Nabi Isa, Maryam, dan isteri Rasulullah untuk sekadar memberi alasan mengapa pemimpin PKR diserang dengan fitnah seksual.

Mereka adalah insan-insan suci dan kedudukan mereka adalah tidak sama sekali dengan pemimpin PKR yang merupakan ahli politik. Fitnah seksual yang dilemparkan terhadap mereka bertujuan politik.

Seperti disebutkan lebih awal bagi para nabi dan wanita-wanita suci berkenaan, fitnah seksual terhadapnya adalah tujuan Allah S.W.T menyampaikan mesej akhlak, pengenalan tauhid dan hukum.

Pemimpin Pakatan juga tidak terlepas daripada taktik kotor

Sebagai ahli politik, pemimpin-pemimpin PKR ini harus insaf bahawa mereka juga tidak sunyi daripada menggunakan taktik atau pendekatan yang sama dengan mendedahkan apa yang ia sering namakan sebagai skandal Umno dan pemimpin-pemimpinnya.


Baca selebihnya di sini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...