Posting kali ini cuma nak remind yang sesungguhnya doa membinasakan sesama Muslim bukan perkara terpencil yang cuma berlaku ketika Muktamar PAS di Kota Bharu, baru-baru ini sahaja. Sebaliknya ia telah beberapa kali berlaku sebelum itu seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas.
Gambar di atas dirakamkan Ketam sewaktu hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang sekitar tahun 2011 kalau tak silap Ketam di mana akhirnya calon yang diketengahkan PAS, Cikgu Mala telah tewas kepada calon Umno, Tok Ai.
"Ya Allah.....Kau Hancurkanlah Umno. BN. Seperti Mana Kau Hancurkan Tentera-tentera Ahzab. Kau Berikanlah Kemenangan Kepada Islam Sebagai Mana Menangnya Para Nabi Mu. Amin"...
Gitulah bunyinya doa pada banner tersebut. At least susunan ayatnya teratur sikit kan? Takde lah 'KO Umno..Umno KO'.. :p
Akhir sekali, hayatilah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
Serta sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah berkata bersabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang berkata : 'Binasalah manusia', maka dialah yang akan binasa." (Hadis Riwayat Muslim)

No comments:
Post a Comment