Oleh Shuhaniza Said dan Qurnisha Hamka
KUALA LUMPUR: Kalimah Allah tidak wajar digunakan oleh bukan Islam apatah lagi dalam terjemahan kitab Bible versi bahasa Melayu kerana boleh mengganggu hubungan agama, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Malah, Majlis Ulama dan Fatwa Indonesia tidak pernah merestui penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negara itu, kata ahli majlisnya, Profesor Ali Mustafa Yakub.
Tegas Ali yang juga Imam Besar Masjid Istiqlal Indonesia, masyarakat Kristian di negara itu juga tidak pernah mentakrifkan Tuhan mereka sebagai Allah.
Sehubungan itu, beliau mahu umat Islam di Malaysia mahupun di Indonesia bersatu hati dalam menjaga kesucian agama Islam agar tidak dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Di Indonesia, orang-orang Kristian tidak pernah menyebut Tuhan mereka itu Allah. Tidak pernah. Mereka menyebutnya Tuhan Allah," katanya kepada Antarapos.
Tambahnya lagi, kesatuan umat Islam juga adalah penting dalam memartabatkan agama itu.
Justeru, beliau mahu ia dititik-beratkan dan wajib diberi keutamaan agar mereka yang seagama tidak bercerai berai.
Ujarnya lagi, perbezaan pendapat itu kadangkalanya perlu di dalam kehidupan sehari-harian namun tidaklah sehingga boleh mewujudkan permusuhan dikalangan umat Islam itu sendiri.
"Jadi itulah barangkali salah satu hikmah kita solat berjemaah. Berbeza-beza pendapat, silakan tapi tetap kita bersolat satu masjid.
"Ketika solat bersama, kita akan rasakan kita di depan Allah (adalah) sama. Maka kepentingan peribadi kita tinggalkan... kita menuju ke Allah SAW.
"Jangan (kepentingan peribadi) itu mengalahkan kita sehingga memusuhi saudara sendiri," katanya lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari selepas menyertai mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh semua rakyat dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
Ketetapan itu turut diperakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang itu dilihat seperti strategi politik Pakatan Rakyat bagi menarik penyokong gagasan itu turun beramai-ramai ke himpunan pembangkang pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun sehari selepas himpunan itu berlangsung konsensus pakatan itu sedikit goyah apabila Majlis Syura Ulama PAS memutuskan penggunaan kalimah Allah adalah dilarang dalam kitab Bible kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.
Lebih memedihkan mesyuarat itu dipengerusikan sendiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Baca seterusnya Di sini..
No comments:
Post a Comment