Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, January 30, 2013

Dasar 1Murid 1Sukan





Apa itu dasar 1Murid 1Sukan?

i. Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
ii.    Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan?

i.    Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
ii.    Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
iii.    Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.


Apakah objektif dasar 1Murid 1Sukan ini?

i.    Meningkatkan kecergasan jasmani.
ii.    Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni.
iii.    Memupuk perpaduan di antara kaum.
iv.    Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
v.    Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan learning through play.
vi.    Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
vii.    Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah matlamat dasar 1Murid 1Sukan ini?

Matlamat dasar ini merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai, menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka bagi kegunaan sepanjang hayat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan dasar 1Murid 1Sukan ini?

i.    Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
ii.    Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah.
iii.    Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal
iv.    Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
v.    Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini.
vi.    Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
vii.    Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
viii.    Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Siapakah yang harus terlibat di dalam pelaksanaan dasar 1Murid 1Sekolah ini?

i.    Dasar ini adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
ii.    Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...