Indahnya Malaysia negaraku yang tercinta. Lebih sikit separuh abad usianya. Jika orang, barangkali bermain dengan cucu kiranya. Atau paling tidak, sudah sedia sambut menantu. Apa yang kau bangga dengan Malaysia? Kamu..apa yang kamu bangga dengan negara kita? Saudara yang di sana..bagaimana?
Aku? Yang aku paling bangga dengan Malaysia? Hmm..Pertamanya, sudah tentu nama ‘Malaysia’. Ya! Mendengar namanya saja dilaung di mana-mana pasti meremang mana yang ada. Tambah lagi sekali namanya berkibar jalur putih, biru, merah dan kuning berserta irama..

‘Negaraku..Tanah Tumpahnya Darahku..Rakyat Hidup Bersatu dan Maju..Rahmat Bahgia..Tuhan Kurniakan..Raja Kita..Selamat Bertakhta..’
Seterusnya, sudah tentulah makanan-makanannya. Hampir setiap kali pabila aku keluar ke negeri-negeri saudara, pastinya aku akan teroka yang paling menariknya apa makanan di sana. Pastinya rugi kepalang bermain di minda jika ku pulang tanpa mencuba. Haish..Terliur pula lidah jadinya..
Lagi apa? Banyak sebenarnya..Tapi ini yang paling istimewa. Tak ada apa lain yang lebih istimewa berbanding bangganya aku dengan Malaysia yang berbilang bangsa dan juga agama! Ya..klise bunyinya..Tak apa..suka hati kalianlah. Tapi sejujurnya itulah yang aku rasa. Lihatlah betapa kita boleh hidup di Malaysia dengan mengekalkan budaya, agama dan juga percaya. Alangkah indahnya Malaysia.
Tentu saja aku bangga dengan Malaysia. Lihatlah saja betapa harmoninya. Iya konflik itu pastinya ada. Tapi tidaklah sehingga mengusung senjata. Syukurnya aku lahir di Malaysia. Berkongsi budaya saudara-saudara.
Tapi sudah namanya manusia, pastinya aku tak pernah cukup saja. Iya aku bangga aku anak Malaysia. Aku bangga dengan keharmoniannya, kebudayaannya, keunikannya dan kepelbagaiannya. Tapi kadang terfikir juga, rasional lagikah ini semua? Bukankah separuh abad sudah dilangkaunya negara kita? Lantas mengapa masih dibeza-beza? Berjaya atau tidakkah asimilasinya?
Bukankah kita sama sahaja, cintanya kita kepada Malaysia? Mungkin kita tak pernah merasa, ‘lain-lain’ kategorinya bangsa. Iya benar kita sedikit istimewa. Tapi betapa istimewanya kita, yang saudara-saudara jagalah hatinya. Begitu juga saudara-saudara, jika tahu hati disakiti bagaimana sakitnya, jangan saudara menyakiti pula.
Pernah juga aku tertanya..Jika semua sayangi negara, mengapa terbahagi-bahagi pulanya kita? Bukankah sepatutnya kita berdiri bersama, berganding di naungan Malaysia tercinta. Alangkah indahnya jika satu masa aku dapat melihat kita semua bergurau bersama tanpa ada terasa ‘oh bangsaku dihina’, ‘bangsaku dipermainkan’, ‘bangsaku diperkotak-katikkan’..Kerana kini betapa aku sedihnya melihat setiap apa saja perkara, dimainnya kata bangsa walau tidak ada mengena. Mana pergi matangnya 50 tahun merdeka?
Mungkin di situ datang pula rasionalnya mengapa pemimpin kita kenalkan 1Malaysia. Sedarkan betapa satunya kita rakyat Malaysia. Iya datangnya lambat aku kata..tapi bukankah lebih elok daripada tiada? Janganlah kita membabi buta menolak mentah-mentah usaha yang ada. Kerana di sebaliknya kita harus percaya, tersembunyi keindahan untuk kita Malaysia. Bukankah usaha yang baik perlu dijaja? Untuk kebaikan kita bersama.
Seperti apa yang sudah ku kata, lebih elok daripada tiada. Kerana tujuannya aku percaya, satukan kita yang cintakan negara. Dan jika masih ada mahu kritik juga, tolong pastikan ia membina. Bukan untuk saya tapi juga saudara, untuk Malaysia yang lebih sejahtera. Justeru pertama hayatilah definisinya. Agar kritikan kita tidak dikata menggila, apa itu 1Malaysia…
DEFINISI 1Malaysia
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
a) Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
b) Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
c) Sementara ayat “dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
d) Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

No comments:
Post a Comment