Situasi demam denggi di Malaysia bagi minggu pertama 2013 iaitu bagi tempoh 30 Disember 2012 hingga 5 Januari 2013 masih menunjukkan angka kes yang tinggi. Memetik kenyataan yang disiarkan di Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , dalam tempoh tersebut sebanyak 446 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara. Jumlah tersebut hanya kurang 10 kes sahaja jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya yang mencatatkan sebanyak 456 kes.
Satu kematian turut dilaporkan iaitu dari Johor yang merupakan kematian denggi pertama pada tahun ini selain tujuh negeri telah menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Kelantan 12 kes (109%), Pahang 5 kes (42%), masing-masing 2 kes di Perlis (200%), Melaka (40%), Sabah (9%) dan Johor (5%) manakala Terengganu meningkat 1 kes (25%). Dengan itu, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan pada minggu pertama tahun 2013 adalah sebanyak 446 kes berbanding 440 kes bagi tempoh yang sama tahun 2012, peningkatan sebanyak 6 kes manakala jumlah kematian adalah sama dengan tahun lepas iaitu dengan satu kematian.
Memandangkan wabak ini boleh membunuh, janganlah kita mengambil sikap sambil lewa sebelum diri sendiri atau orang yang kita sayangi dijangkiti denggi. Tidak memerlukan tempoh yang panjang, kita hanya perlu meluangkan masa selama 10minit membersihkan rumah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes..
CARI..
Di dalam rumah:
- bekas jambangan bunga (vase)
- kolam (kolah) mandi
- dulang perangkap air peti sejuk
- tangki simpanan air
- lain-lain bekas menyimpan air
Di luar rumah
- tayar buruk
- plastik yang boleh menakung air
- tin-tin minuman
- bekas makanan polisterin
- botol atau gelas pecah
- palong hujan (roof gutter)
- tempurung, tunggul pokok pisang
- buluh, daun keladi
MUSNAH
- buang semua bekas yang boleh menakung air dengan betul
- bersihkan sampah/daun-daun kering yang tersumbat pada palong hujan dan longkang
- tutup semua bekas menyimpan air
- tukar air dan sental bekas menyimpan air air hingga bersih
- masukkan bahan pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan
*Peringatan untuk diri sendiri juga :)

No comments:
Post a Comment