Wednesday, March 31, 2010
Masa berlalu terlalu pantas…
semakin masa berlalu semakin ku sedar saat-saat indah, detik-detik gembira, masa-masa gelak ketawa, momen-momen gurau senda semakin menjauhi kehidupan remaja yang menuju dewasa ini…
satu persatu rakan semakin menjauhi bukan kerana tidak suka apatah lagi membenci, tetapi edaran waktu menetapkan masing-masing membawa haluan sendiri…menumpukan kehidupan di masa hadapan…menentukan hala tuju masing-masing di dalam memilih karier sementelah tempoh menuntut ilmu semakin suntuk…
ku sedar waktu-waktu santai dengan rakan-rakan hampir tiada…
ku rindu detik-detik itu…
detik-detik yang tidak dapat digambarkan emosi yang ku rasa…emosi yang bercampur baur antara gembira, sedih, marah, bosan dan sebagainya...
kadang tertanya ku bilakah lagi agaknya dapat ku merasai perasaan yang kusifatkan sebagai amazing ini…
apakah aku berpeluang lagi untuk mengumpul semula rakan-rakan yang amat aku senangi ini…
kadang ku takut memikirkan kehidupan yang sunyi…
sunyi tanpa gelak tawa, gurau senda, tangisan hiba, rintihan emosi rakan-rakan ini…
serius ku rindui detik-detik itu…
sungguhnya sekarang aku akui betapa benarnya penyataan bahawa momen ketika belajar itu adalah momen yang sangat indah dalam kehidupan…
kepada rakan-rakan ku semua, aku ucapkan selamat maju jaya pada kalian dalam menempuhi kehidupan mendatang…
aku doakan kalian sukses di dalam apa jua yang kalian lakukan…
hanya waktu yang akan menentukan samada detik-detik indah sepanjang tempoh kita menuntut ini dapat dirasai di hari mendatang…
harapku pada kalian jangan dilupa kenangan ini…
Wednesday, January 1, 2013
Mood: Metallica -The Memory Remains
.....................................................
No comments:
Post a Comment