Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, April 02, 2013

PKR Selangor Dakwa Ramai Calon MB





Oleh Aidil Syukri Hamzah

PKR Selangor mendakwa parti itu mempunyai banyak calon berkelayakan untuk diketengahkan menjadi calon menteri besar pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Majlis Pimpinan PKR negeri itu, Amirudin Shari berkata kenyataan itu turut diakui Timbalan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Noh sebelum ini berkata pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor kini bertelagah sesama mereka kerana berebutkan jawatan nombor satu dalam negeri itu.

“Itu adalah contoh bagaimana PKR dan Pakatan mempunyai ramai (calon) yang berwibawa yang boleh diketengahkan sebagai Menteri Besar," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR negeri Selangor, hari ini.

Justeru Amiruddin berkata situasi itu menunjukkan PKR Selangor mempunyai ramai calon berwibawa untuk dijadikan menteri besar.

“Noh Omar lebih baik melihat ke dalam partinya sendiri yang sampai sekarang tidak ada calon Menteri Besar. Kalau berani umumlah..tak perlu nak sibuk hal parti lain," katanya.

Beliau kemudiannya berkata, perkembangan itu jauh berbeza dengan Umno BN yang sehingga kini masih tidak mempunyai calon yang layak untuk jawatan itu, jika berjaya menawan kembali Selangor pada PRU13 akan datang.

Noh semalam di dalam kenyataannya merujuk perselisihan yang dikatakan berlaku di antara Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dengan Timbalannya, Azmin Ali untuk merebut jawatan yang kini disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengumuman Azizah untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di Selangor menguatkan spekulasi bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh  itu dikatakan akan menggantikan Khalid untuk jawatan itu.

Khalid sebelum ini menerima pelbagai kritikan dan rungutan dikalangan akar umbi berikutan prestasinya yang tidak memberangsangkan dan seringkali membelakangkan kepentingan parti dalam setiap keputusannya di Selangor.


Baca selebihnya di sini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...