KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERHUBUNG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
1) SAYA TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PIHAK PENGANJUR UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DAN STADIUM MERDEKA TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEDUA-DUA PERBADANAN STADIUM TERSEBUT.
2) SAYA DIFAHAMKAN PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PERNAH DIBUAT OLEH PIHAK PENGANJUR PADA OKTOBER LALU MANAKALA STADIUM MERDEKA PADA DISEMBER LALU.
3) PDRM MENERIMA KEPUTUSAN KEDUA-DUA PERBADANAN TERSEBUT DAN AKAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PERLU UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN BERJALAN DENGAN AMAN DAN LANCAR.
4) NAMUN, MELIHAT KEPADA ASPEK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, SAYA MENCADANGKAN AGAR PIHAK PENGANJUR MENYEMAK SEMULA HASRAT MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM MERDEKA. INI KERANA PERBADANAN STADIUM MERDEKA TELAH MELETAKKAN SYARAT UTAMA AGAR PERHIMPUNAN TERSEBUT DISERTAI TIDAK LEBIH DARIPADA 30,000 ORANG PESERTA BERDASARKAN KAPASITI STADIUM YANG HANYA BOLEH MENAMPUNG JUMLAH TERSEBUT.
5) DENGAN SASARAN PENGANJUR UNTUK MENGUMPUL SERAMAI 1 JUTA PESERTA, MAKA SECARA LOGIKNYA PERHIMPUNAN TERSEBUT ADALAH LEBIH SESUAI DIADAKAN DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
6) STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL ADALAH LEBIH SESUAI DAN SELESA MEMANDANGKAN IA MAMPU MENAMPUNG KAPASITI YANG LEBIH BESAR DENGAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM YANG LENGKAP TERMASUK LRT, SERTA MEMENUHI KEPERLUAN DARI ASPEK KESELAMATAN.
7) PIHAK PENGANJUR ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN ANJURAN MEREKA BERLANGSUNG DENGAN AMAN TERMASUK MEMILIH LOKASI PERHIMPUNAN YANG SESUAI DAN RELEVAN.
8) PDRM TIDAK SESEKALI MEMBENARKAN SEBARANG BANTAHAN JALANAN DAN PEMBABITAN KANAK-KANAK DALAM PERHIMPUNAN INI.
9) PERLU DITEGASKAN BAHAWA LOKASI PERTEMUAN UNTUK PERHIMPUNAN TERSEBUT HANYA DIBENARKAN BERLAKU DI STADIUM DAN BUKANNYA DI LOKASI-LOKASI LAIN YANG DIJADIKAN TEMPAT BERKUMPUL (MEETING POINTS).
10) SAYA JUGA INGIN MENJELASKAN BAHAWA PERHIMPUNAN DI DATARAN MERDEKA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
11) PDRM MEMEGANG KEPADA JAMINAN PIHAK PENGANJUR DALAM PERTEMUAN KPN DAN PENGANJUR BARU-BARU INI BAHAWA PERHIMPUNAN KALI INI AKAN DIJADIKAN PERHIMPUNAN PALING AMAN DALAM SEJARAH SELARI DENGAN SEMANGAT AKTA PERHIMPUNAN AMAN (APA) SEDIA ADA.
12) BERSANDARKAN JAMINAN MEREKA INI, SAYA BERHARAP PIHAK PENGANJUR AKAN LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGOTAKAN APA YANG TELAH DIJANJIKAN.
13) PDRM AKAN BERTINDAK PROFESIONAL TANPA MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BAGI MEMASTIKAN TIADA SEBARANG PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS PERHIMPUNAN TERSEBUT.
14) TANGGUNGJAWAB UTAMA PDRM DALAM HAL INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN SENTIASA TERPELIHARA, BUKAN SAHAJA KE ATAS PESERTA MALAH KE ATAS ORANG AWAM YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN TERSEBUT.
15) ADALAH PENTING UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN INI TIDAK MENGANCAM KESELAMATAN AWAM DAN MENJEJASKAN URUSAN PERNIAGAAN SERTA URUSAN SEHARIAN RAKYAT. t.t (DATO’ MOHMAD BIN SALLEH) DCP KETUA POLIS KUALA LUMPUR (DIKELUARKAN PADA 10 JANUARI 2013 JAM 5.00 PETANG)
Sumber: Facebook PDRM
No comments:
Post a Comment