Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, January 11, 2013

Taktik PR sorok kelemahan dan sebar kebencian



Oleh Yassin Salleh

[ULASAN] Kali ini perhimpunan yang bakal diadakan esok (Sabtu, 12 Januari 2013) di Stadium Merdeka memang mutlak bersifat politik. Gerakan sivil seperti BERSIH 3 di bawah pimpinan Datuk Ambiga Srevinesan tidak turut serta.

Tuntutannya sama seperti siri BERSIH – pilihan raya umum ke-13 mestilah adil dan bersih. Namun bezanya teras penganjur perhimpunan kali ini adalah mutlak Pakatan Rakyat. Ia tuntas bagi memenuhi selera dan matlamat politiknya sahaja.

Walaupun perhimpunan ini turut menggamit penyertaan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO), jumlahnya adalah kecil jika dibandingkan dengan gerakan BERSIH 3. Parti politik lain yang ikut serta ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sudah agak “hidup segan mati tak mahu”.


Maka adalah wajar disimpulkan bahawa perhimpunan kali ini ialah satu usaha mempamerkan “kekuatan fizikal dan kuantiti” Pakatan Rakyat. Matlamatnya sudah tentu untuk menggerunkan Barisan Nasional (BN) dan menyemarakkan semangat penyokong pembangkang.

Dalam perkataan lain, perhimpunan ini ialah kemuncak kempen Pakatan Rakyat menyambut kedatangan musim pilihan raya umum ke-13.

Konsep perhimpunan juga sama -- berhimpun untuk menarik perhatian umum, terutama media asing. Di ambang pilihan raya umum yang pasti berlaku dalam tempoh tiga bulan lagi, Pakatan Rakyat mahu mengulangi mesej yang sama – pilihan raya di Malaysia dijalankan secara tidak adil dan tidak bersih.

Maknanya, walau sudah lebih 58 bulan Pakatan Rakyat memerintah empat negeri, namun darjah keyakinannya memerintah masih rendah. Dalilnya, ia masih menggunakan taktik pra-pilihan raya 2008 untuk menunjukkan kejaguhannya berpolitik.

Kejantanan PR mentadbir belum terbukti

Seharusnya diinsafi ketangkasan berpolitik sahaja tidak semestinya menjamin seseorang politikus atau parti politik itu mampu menjadi pentadbir dan pemerintah yang baik.

Ini yang hendak disorokkan oleh Pakatan Rakyat – ia masih belum berjaya membuktikan kecekapan mentadbir - rasuah skala besar pun berlaku di negeri-negeri pemerintahannya.

Ia juga belum berjaya menyorokkan amalan politik kotor seperti membuat kenyataan dan tuduhan tidak berasas seperti isu bayaran pampasan perang RM207 bilion Jepun kepada Malaysia.

Ini belum mengambil kira keterlanjurannya mencetuskan pertikaian aqidah dan keresahan antara agama dan kaum dalam isu penggunaan kalimah Allah pada bible berbahasa Malaysia.

Pakatan Rakyat sendiri tiada perancangan atau 'road map' politik siapa dan bagaimana mahu mentadbir Malaysia. Ia masih bergelut dengan isu siapa harus jadi perdana menteri – Anwar atau Hadi? Ia juga belum jelas takrif melaksanakan konsep Negara berkebajikan – ikut hudud atau sekularisme?

Ini semua menggambarkan kerapuhan ikatan sesama parti dalam Pakatan Rakyat dan perbalahan dalaman dikalangan setiap parti.

KL112 tawar emosi dan benci

Sebaliknya semua isu ini digunakan untuk mengapikan kebencian dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama dan cuba meletakkan kesalahan di bahu Barisan Nasional.


Baca selebihnya di antarapos



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...